HALAMAN SANTAI

Selasa, 29 Januari 2019

BN menang bukan tanda rakyat tolak Pakatan

DENYUT REFORMASI

 
 
PRESIDEN Amanah Mohamad Sabu berkata kemenangan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Kecil Cameron Highlands tidak mungkin berlaku tanpa tambahan undi penyokong PAS yang dianggarkan berjumlah 3,500.

Malah, beliau turut menolak andaian kekalahan pertama PRK Pakatan Harapan selepas Pilihan Raya Umum ke-14 itu adalah bukti rakyat sudah mula menolak gabungan parti kerajaan itu.
 
“Undi PAS semuanya pergi ke BN, orang Tionghua tidak balik mengundi, tidak ada masalah.

“Undi PAS semua itu, berjumlah 3,500 undi, undi Umno tidak bertambah. Tidak ada masalah,” kata Mohamad, kepada pemberita.

Menteri pertahanan itu berkata demikian ketika ditemui selepas majlis makan malam amal mengumpul dana bagi membantu pelarian perang Yaman di Petaling Jaya, baru ini

Mohamad berkata, pihaknya juga yakin PH akan menang di kerusi Parlimen Cameron Highland dalam pilihan raya umum akan datang, berdasarkan rekod mereka dalam empat pilihan raya kecil sebelum ini.

“Kita menang dah empat, mereka baru menang satu, PRU kita yakin boleh menang, (kalah) sebab orang yang bekerja di luar mereka tak pulang.

“Ini isu perkauman dimainkan sementara, saya percaya pilihan raya umum kita boleh menang di kawasan itu,” katanya lagi.

PH sebelum ini menang di PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Sg Kandis, Balakong, Seri Setia, dan Parlimen Port Dickson.

Ramli hari ini mencatat sejarah menjadi ahli Parlimen pertama dari kalangan masyarakat Orang Asli.

Kemenangan pegawai polis bersara itu diumumkan oleh pegawai pilihan raya Ishak Md Napis pada kira-kira pukul 8.30 malam tadi di pusat pengiraan undi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di SMK Ahmad Shah di Tanah Rata.

Ramli memperoleh 12,038 undi, menewaskan calon PH dari DAP, M. Manogaran yang memperoleh 8,800 undi. Ramli menang dengan majoriti 3,238 undi.

Calon Bebas, bekas pensyarah Sallehudin Ab Talib dan petani, Wong Seng Yee, masing-masing memperoleh 314 dan 276 undi.

Ini merupakan percubaan kali ketiga Manogaran, yang juga bekas ahli Parlimen Teluk Intan itu bertanding di Cameron Highlands. BN mengekalkan kemenangan di kerusi itu sejak 2004. 
 
 

Tiada ulasan: