Polis menahan sepasang suami isteri selepas syabu seberat 12.84 gram ditemukan di dalam kereta mereka di Beaufort, semalam.
Ketua Polis Daerah Beaufort DSP Azmir Abdul Razak berkata lelaki yang ditahan itu berusia 54 tahun manakala isterinya berusia 47 tahun, yang beralamat di Kampung Maraba Weston dekat Beaufort.
Katanya Pegawai dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis Beaufort diketuai Insp Azimimi Abdullah menahan kereta jenis Perodua Kancil dinaiki pasangan suami isteri itu di kawasan Beaufort Square pada 11.50 pagi.
Pemeriksaan di dalam kereta itu menjumpai satu peket plastik lutsinar dipercayai syabu, katanya dalam kenyataan, hari ini.
Menurutnya, ujian awal air kencing juga mendapati hanya lelaki itu positif menggunakan dadah.Azmir berkata siasatan lanjut mendapati dadah itu diperoleh daripada seorang penjual di Pekan Beaufort.
Katanya
pasangan suami isteri itu ditahan reman dan kes disiasat di bawah
Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15 (1)(a) akta
yang sama.- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan