HALAMAN SANTAI

Selasa, 29 Januari 2019

Rafizi akan anjur sesi temuduga terbesar

MALAYSIAKINI

   
Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli akan menganjurkan sesi temuda kerja terbesar dalam sejarah negara ini.

Menerusi hantaran Facebook, Rafizi berkata inisiatif tersebut diambil bersama rakan-rakannya selepas mendapati masalah memadankan pekerjaan antara pekerja dan majikan masih menjadi masalah utama di negara ini.

"Sejak beberapa bulan lalu, saya dan rakan-rakan menumpukan perhatian untuk mencari penyelesaian kepada masalah ini.

"Kurang dari dua minggu dari sekarang, Insha Allah kami akan menganjurkan satu temuduga paling besar dalam sejarah Malaysia yang akan melibatkan ratusan ribu rakyat Malaysia.

"Anda boleh turut serta secara percuma, sama ada anda sudah mempunyai pekerjaan, sedang mencari pekerjaan atau masih lagi belajar," katanya.

Beliau menambah sesi temuduga terbesar ini akan memberi ruang kepada majikan mengisi kekosongan jawatan di pejabat mereka dengan ratusan ribu rakyat Malaysia yang mempunyai kelayakan.

Rafizi sebelum ini menggesa kerajaan membantu rakyat Malaysia, terutama golongan belia mendapatkan pekerjaan dan menjadikan diri mereka lebih mudah dipasarkan.


Tiada ulasan: