HALAMAN SANTAI

Isnin, 28 Januari 2019

Semua orang boleh buat kepala surat palsu – Tun M


Shawaliah Hadir



xMGF28012019_PM-BBP_14-681x454
Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bercakap kepada media selepas Program Pengurusan Tertinggi Badan Berkanun Persekutuan (BBP) bertemakan 'BBP Wibawa Pemacu Malaysia Baharu' di Perbadanan Putrajaya, Putrajaya. foto FAREEZ FADZIL, 
 

PUTRAJAYA –  Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan surat pembatalan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang tersebar hari ini dikeluarkan Kementerian Kewangan.

Beliau sebaliknya menegaskan surat tersebut boleh dipalsukan oleh sesiapa sahaja. 

“Sahkah? Sekarang ni semua orang boleh ambil kepala surat kerajaan, potong dan buat kepala surat (palsu). It’s not official,” katanya kepada pemberita. 

Sebaliknya Perdana Menteri yang enggan mengulas lanjut isu projek itu memaklumkan bahawa kenyataan akan dikeluarkan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng. 

Diminta mengulas mengenai pengumuman Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tentang pembatalan projek tersebut pada Sabtu lalu, dan kenyataan yang mengelirukan,

Tun M akui kerajaan baharu itu membuat kesilapan dalam mengeluarkan kenyataan namun  tidak banyak seperti yang didakwa pelbagai pihak.

“Ada orang buat silap kadang-kadang. Ini kerajaan baharu, kesilapan kami belum banyak tapi orang tengok banyak sebab ini kerajaan baharu,”tambahnya. 

ARTIKEL BERKAITAN: Surat MoF batal ECRL tersebar
ARTIKEL BERKAITAN: Guan Eng terkejut Azmin umum kontrak CCCC batal
ARTIKEL BERKAITAN: Kontrak CCCC dibatalkan – Azmin

Surat yang didakwa ditandatangani oleh Guan Eng hari ini tentang pembatalan ECRL mula tersebar di media sosial. 

Ianya bertitik tolak daripada pengumuman Azmin yang akhirnya memeranjatkan Guan Eng, yang mendakwa terkejut dengan kenyataan Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu. -MalaysiaGazette

Tiada ulasan: