HALAMAN SANTAI

Isnin, 28 Januari 2019

PRK Cameron Highlands: Banyak faktor punca kekalahan PH - Wan Azizah

Rahimah Abdullah, Astro Awani
PRK Cameron Highlands: Banyak faktor punca kekalahan PH - Wan Azizah
WAN AZIZAH: Kerjasama Pas dan UMNO memang menyumbang kepada undi majoriti yang meningkat. - Gambar fail
 
 
KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata antara faktor penyumbang kepada kekalahan Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Higlands adalah disebabkan ada sesetengah pengundi masih membayangkan kerajaan dan Perdana Menteri hari ini adalah dari Barisan Nasional (BN) .

Pada masa sama katanya, faktor kerjasama Pas-BN turut menyumbang kepada kemenangan parti lawan di kerusi Parlimen itu.

“Banyak faktor. Katanya dalam kawasan Menteri Besar. Itu yang tak dapat kita (hendak) berikan penerangan. 
 
"Pas dan UMNO bekerjasama memang menyumbang kepada majoriti yang meningkat,” katanya kepada media semasa hadir pada Majlis Makan Malam Amal Persatuan Sukarelawan Hospital Ampang (Pesuha) di Kelab Darul Ehsan di sini pada Ahad.

Ditanya sama ada Pakatan Harapan akan memujuk Pas untuk menyokong gabungan parti itu, ini jawapan beliau:

“Kita nak semua memberi sokongan, bukan saja Pas. Tetapi kita negara majmuk. Semua bangsa dalam negara ini bersama-sama memajukan negara kita dan memikirkan polisi untuk semua memajukan negara."

Pada Sabtu, BN berjaya mengekalkan kerusi tradisinya pada PRK Cameron Highlands apabila calonnya Ramli Md Nor menang dengan majoriti 3,238.

Ramli berjaya mendapat 12,038 undi manakala Manogaran hanya mampu meraih sebanyak 8,800 undi.

Dua calon Bebas, Wong Seng Yee dan Sallehudin Ab Talib masing-masing mendapat 276 dan 314 undi.

Kemenangan Ramli mencipta sejarah apabila calon tunggal Orang Asli ini berjaya melangkah masuk ke Dewan Rakyat. 
 
 

Tiada ulasan: