HARI ini jelas bahawa
rakyat mula menolak dan tidak yakin terhadap DAP dan PH. Runtuhnya
keyakinan rakyat akibat pelbagai janji yang ditabur oleh PH ketika PRU
lalu sehingga ke hari ini tidak langsung dilaksanakan.
Kekalahan DAP dan PH di Cameron Highland
kali ini dengan majoriti yang lebih besar berbanding PRU lalu adalah
bukti jelas bahawa rakyat sudah tidak yakin, malah mula menolak PH
terutamanya DAP yang membawa budaya politik melampau.
Kemenangan Tuan Ramli Mohd Noor di PRK
Cameron Highland juga memberi petanda positif bahawa rakyat mula
memahami muafakat pembangkang yang efektif dan berkesan.
Ia adalah untuk kepentingan agama,
bangsa dan negara di samping menjaga keutuhan Perlembagaan negara serta
institusi di Raja, di samping memelihara hak dan keharmonian kaum,
bangsa dan agama lain di dalam negara.
Setinggi tahniah diucapkan kepada
jentera PAS dari seluruh negara terutamanya daripada kalangan anak muda
yang membantu sehabis daya dalam PRK kali ini.
Jika momentum ini berjaya diteruskan
terutamanya dalam kalangan anak muda serta rakyat yang telah mula sedar
akan omongan kosong PH, saya percaya di PRK Semenyih juga PH akan
berjaya ditumbangkan sekali lagi.
“Islam Memimpin”
“Terus Mara”
*YB MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI, Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Malaysia - HARAKAHDAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan