HALAMAN SANTAI

Ahad, 27 Januari 2019

PH TERDESAK TAGIH UNDI -ISMAIL SABRI




Pakatan Harapan (PH) kini berada dalam situasi cukup terdesak untuk mendapatkan undi rakyat terutamanya pengundi di Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands, ujar Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas Timbalan Presiden parti, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata PH dilihat gagal mendapat sokongan masyarakat Felda serta orang Asli di Parlimen Cameron Highlands.

Beliau turut meluahkan rasa bimbang sekiranya PH menggunakan taktik kotor untuk memenangi PRK Cameron Highlands setelah strategi yang diatur gagal mendapatkan sokongan pengundi.

“Penolakan rakyat khususnya masyarakat Felda serta orang Asli dan penduduk tempatan lain dibimbangi akan menyebabkan mereka mengambil langkah-langkah yang tidak sewajarnya dalam usaha memenangi kerusi berkenaan.

“Kita difahamkan terdapat kalangan pemimpin PH yang tidak dapat memasuki kawasan Felda selain kempen mereka daripada rumah ke rumah tidak mendapat sambutan. Di Felda jelas bahawa ketidakpuasan hati mereka kepada kerajaan hari ini yang menjanjikan pelbagai janji tidak ditunaikan malah kehidupan mereka hari ini agak tertekan kerana harga kelapa sawit yang rendah dan barang pula meningkat.

“Dari segi sokongan Orang Asli pula kita lihat mereka masih bersama kita. Walaupun yakin dengan sokongan Orang Asli namun PH juga memberikan tumpuan terhadap kempen dikawasan berkenaan dan kita nampak yang mereka akan cuba menarik undi daripada masyarakat Orang Asli ini,” katanya pada Diskusi P.078 Cameron Highlands yang dihoskan disiarkan media pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Ismail yang juga ahli Parlimen UMNO Bera berkata jentera parti perlu bersiap siaga menghadapi hari pengundian.

Katanya, gerak kerja selama 13 hari akan menjadi sia-sia sekiranya gagal melaksanakan tugas pada hari pengundian.

“Hari mengundi cukup penting. Kerja kita cukup ‘perfect’ walaupun ada sedikit masalah, itu biasalah. Cuma hari mengundi kalau boleh sebelum pukul 12 keluarkan semua pengundi putih kita.

Tambahan pula ada sesetengah pusat mengundi tutup awal…Jangan alpa sehingga pusat mengundi ditutup,” katanya.

Pada masa yang sama beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Pas pelbagai peringkat kepimpinan atas keikhlasan dan komitmen yang begitu tinggi dalam membantu kempen bagi calon BN, Ramli Mohd Nor.


Tiada ulasan: