Dato' Dr Ismail Salleh
1. Rasuah adalah jenayah besar dan barah yang telah terbukti sebagai sebab keruntuhan mana-mana tamaddun sepanjang zaman.

2. Rasuah 'raksaksa' yang telah dilakukan oleh BN sebelum ini juga
merupakan antara 'faktor utama' rakyat Malaysia menolak BN dalam PRU
yang lalu, dan diharapkan menjadi batu nisan untuk hayat pemerintah yang
korup di bumi Malaysia.
3. Rasuah dari sudut pandang agama amat jijik, sehingga ia menjadi antara 'amalan' yang dijanjikan neraka kepada pihak yang memberi dan menerima.
4. Malaysia yang sudah agak lama duduk dalam posisi yang tidak menyenangkan dalam indeks persepsi tentang rasuah, diharapkan dapat keluar dari persepsi nagetif tersebut dengan terlancarnya Plan Anti Rasuah ini.
5. Saya mengharapkan semua pihak akan menyokong dan melaksanakan plan ini dalam peringkat masing-masing dengan hasrat untuk menaikan imej Malaysia di mata dunia. Malaysia akan terkenal sebagai sebuah negara yang sifar rasuah dan mempunyai nilai integriti yang tinggi apabila plan ini dihayati dan dilaksanakan, InsyaAllah.
6. Perdana Menteri menegaskan dalam ucapan pelancaran plan ini bahawa "rasuah yang lalu akan tetap diambil tidakan melalui undang-undang" , kita mengharapkan bahawa semua prosuder undang-undang terhadap pelaku rasuah ini akan segera dijalankan dan hukumannya kelak akan menjadi peringatan dan pelajaran untuk mereka yang berhasrat untuk melakukan rasuah 'masa depan'.
7. Kami mengalu-alukan pelancaran NACP dan menyeru semua pihak untuk menyokong hasrat plan ini.
8. Pelancaran Plan Anti Rasuah Nasional (NACP) ini bagi kami, merupakan antara kejayaan terbesar Kerajaan PH dalam masa kurang dari setahun dan sekaligus membuktikan hasrat PH membina semula negara ini ditandai dengan usaha 'menghapus' dan 'mencegah' amalan rasuah dari peringka tertinggi sehingga peringkat yang paling bawah. Tahniah Kerajaan PH !
KEDAH AMAN MAKMUR
Harapan Bersama Makmurkan Kedah
*Dato' Dr Ismail Salleh , Exco Kerajaan Kedah
Pengerusi Parti Amanah Kedah

Tiada ulasan:
Catat Ulasan