KUALA LUMPUR — Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti
Keadilan Rakyat (PKR) semalam antara lain membincangkan usaha mengawal
kos harga barangan yang menjadi tumpuan rakyat.
Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata parti itu mengambil maklum tentang keresahan rakyat mengenai kos sara hidup dan perkembangan ekonomi mutakhir ini.
Tambahan pula katanya, kemiskinan dan kesenjangan pendapatan yang melebar menjadi punca kegelisahan begitu ramai rakyat Malaysia terutama masyarakat desa dan miskin bandar.
“Oleh
itu, pimpinan telah membincangkan usaha mengawal kos harga barang serta
meneliti beberapa kertas kerja yang bermatlamat mereformasi program
bantuan sosial di Malaysia agar lebih memanfaatkan golongan yang paling
memerlukan,” kata Anwar dalam kenyataan semalam.
Beliau menegaskan parti itu akan terus memberi tumpuan kepada kebajikan dan kehidupan rakyat sebagai asas perjuangan. — Bernama
Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata parti itu mengambil maklum tentang keresahan rakyat mengenai kos sara hidup dan perkembangan ekonomi mutakhir ini.
Tambahan pula katanya, kemiskinan dan kesenjangan pendapatan yang melebar menjadi punca kegelisahan begitu ramai rakyat Malaysia terutama masyarakat desa dan miskin bandar.
Beliau menegaskan parti itu akan terus memberi tumpuan kepada kebajikan dan kehidupan rakyat sebagai asas perjuangan. — Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan