HALAMAN SANTAI

Sabtu, 26 Januari 2019

Politik berasaskan kebencian dan serangan peribadi... PH mesti fokus rakyat


Pada bulan September lalu, saya pernah mencabar Kit Siang beberapa kali untuk mengakui bahawa beliau tahu saya sudah kembalikan kebanyakkan wang yang disebut RM2.6b itu selepas 3 bulan saya menerimanya tetapi Kit Siang memilih untuk tidak menjawab.

Masa itu saya juga memuatnaik dokumen-dokumen dari bank yang menunjukkan wang yang disebut ramai sebagai RM2.6 bilion ini telah dikembalikan kepada sumber sama yang menghantarnya.

Bila agaknya Kit Siang dan pemimpin-pemimpin PH akan mengakui bahawa saya tidak merompak, menyamun, mencuri dan menyimpan RM2.6b ini di dalam poket saya untuk membeli cincin dan beg tangan?

Saya tengok isu ini sedang dijadikan bahan untuk kempen PRK Cameron Highlands oleh PH walaupun saya bukan calon di sana dan saya bukan lagi PM, Presiden BN atau Presiden PH.

Sepatutnya, PH patut menjelaskan kepada pengundi-pengundi bagaimana mereka boleh menyelesaikan masalah tempatan, masalah FELDA, masalah ekonomi, masalah kos sara hidup semakin meningkat dan mengapa janji-janji mereka tidak dapat ditunaikan sebagai topik kempen mereka.

Itu yang penting. Bukan saya ataupun isu RM2.6b yang sudah di mahkamah.

Politik berasaskan kebencian dan serangan peribadi hanya laku jika PH masih pembangkang tetapi sekarang mereka sudah menjadi kerajaan.

Pada bulan Ogos lalu, saya didakwa dengan 21 pertuduhan pengubahan wang haram mengenai dana yang disebut RM2.6b ini di bawah akta AMLATFA serta 4 pertuduhan di bawah akta SPRM yang merupakan "predicate offence" untuk 21 pertuduhan itu.

Di bawah akta AMLAFTA ini, setiap pergerakan wang samada penerimaan, pembayaran atau pindahan dikira sebagai satu tuduhan.

Saya didakwa menerima dana itu.

Saya juga didakwa 6 kali kerana telah memulangkan dana kepada penghantar (yakni return to sender) serta dua pertuduhan kerana memindah wang dari satu akaun saya kepada akaun saya yang lain.

Penjelasan saya mengenai RM2.6b ada di link ini: https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10155586360370952





MR :  Agaknya bila Najib nak di tuduh?

Tiada ulasan: