HALAMAN SANTAI

Ahad, 27 Januari 2019

POPULARITI NAJIB MEMBIMBANGKAN

Wartawan Watan-Online


Ternyata populariti bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak yang sedang meningkat naik sehingga diterima secara positif oleh rakyat begitu dicemburui pimpinan Pakatan Harapan (PH).

Perkara ini dapat dilihat apabila Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Mohamed Hanipa Maidin turut menjadikan kehadiran Najib ke Parlimen Cameron Highlands baru-baru ini sebagai topik ceramah.

Katanya beliau malu apabila melihat orang ramai bergambar dan berswafoto dengan Najib.

“Pada kami semua DAP, PKR dan Bersatu saya hairan pilihan raya ini bekas Perdana Menteri boleh hadir di sini dan orang di sini boleh sambut.

“Ini apa maruah kita tuan puan.

“Memang segi perundangan beliau tidak (lagi) didapati bersalah. Tuan-tuan boleh bergambar,berswafoto dengan dia, bukan tuan-tuan yang malu saya yang malu,” katanya ketika berucap dalam Ceramah Perdana PH di Dataran Sungai Koyan, pada Khamis.

Pimpinan PH lain yang turut tidak menyenangi penerimaan kembali rakyat terhadap Najib dan UMNO-BN ialah Menteri Kewangan yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata.

Guan Eng berkata sekiranya Barisan Nasional (BN) menang di Parlimen Cameron Highlands ia tidak memberikan makna kepada rakyat kerana ia adalah kemenangan buat Najib.

“Kalau kita lihat suratkhabar, rupanya calon BN bukanlah Tuan Ramli (Ramli Mohd. Nor), calon BN rupanya Datuk Seri Najib, dia lagi menonjol,” katanya memetik kenyataan media.


Tiada ulasan: