HALAMAN SANTAI

Sabtu, 26 Januari 2019

Warga emas meninggal dunia ketika mengaji Al-Quran

Bernama
Warga emas meninggal dunia ketika mengaji Al-Quran
Menurut polis, kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut. - Gambar hiasan
 
 
TAWAU: Seorang warga emas meninggal dunia ketika sedang menunggu waktu Solat Jumaat di Masjid Bandar di sini pagi Jumaat.

Abd Muhlis Daris, 68, dari Kampung Tanjung Batu Keramat Laut itu difahamkan sedang mengaji Al-Quran sebelum rebah dan tidak sedarkan diri.
 
Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Fadil Marsus dalam satu kenyataan malam ini berkata orang awam yang sedar kejadian itu menghubung Hospital Tawau untuk bantuan segera.

"Anggota paramedik yang tiba di masjid tersebut melakukan pemeriksaan terhadap warga emas ini sebelum disahkan meninggal dunia," katanya.

Menurutnya, Abd Muhlis mempunyai penyakit darah tinggi dan kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan tiada sebarang unsur jenayah.-- BERNAMA 
 
 

Tiada ulasan: