HALAMAN SANTAI

Sabtu, 26 Januari 2019

Bersatu teliti senarai calon PRK Semenyih - Muhyiddin

 
   

PRK SEMENYIH | Bersatu telah memiliki senarai nama-nama yang berkemungkinan dipilih menjadi calon pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih di Selangor, dedah Muhyiddin Yassin hari ini.

Presiden Bersatu berkata beliau menerima "di antara lima dan enam nama" yang dicadangkan bahagian Hulu Langat.

Menurut Muhyiddin calon pilihan yang mendapat sokongan orang ramai itu akan diumumkan apabila tiba masanya kelak.

"Dah ada banyak pertemuan, mesyuarat di peringkat Bersatu kerana kerusi itu masih Bersatu

"Dan ada nama-nama yang telah kita dapatkan dari pimpinan Bersatu di bahagian. Telah diteliti juga pimpinan Bersatu negeri

"Senarai itu telah dikemukakan kepada saya. Tapi saya kena rujuk kepada Tun (Dr Mahathir Mohamad) untuk kita selesaikan.

"Kita ada masa lagi jadi kita tak terburu-buru," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran buku di Keramat, Kuala Lumpur hari ini.

Muhyiddin mengulas pilihan raya kecil itu yang ditetapkan SPR bakal berlangsung pada 2 Mac akan datang. 
PRK tersebut diadakan susulan Adun Semenyih Bakhtiar Mohd Nor (gambar) yang juga anggota Bersatu meninggal dunia.

"Kita akan letak calon paling layak, muda juga orangnya, kelulusan tinggi, memang diterima masyarakat, yang mungkin jadi calon paling layak dan sesuai.

"Tapi masa untuk diumumkan itu terlalu awal. Jadi kita akan beri tahu bila masa yang sesuai.
"Ada lima enam nama. Tapi kita akan pilih satu," kata Muhyiddin lagi.

Sementara itu, pada sidang akhbar yang sama, Muhyiddin turut ditanya mengenai hasrat salah seorang yang bertikai sebagai presiden MyPPP M Kaveas untuk mengemukakan rayuan kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) susulan pembatalan parti itu.

Menjawab soalan ini, menteri dalam negeri berkata akan menyerahkan hal tersebut untuk perhatian ROS.

"Kerana ini keputusan ROS. Saya serah kepada ROS.

"Saya tak terlibat," jelasnya.

Tiada ulasan: