HALAMAN SANTAI

Isnin, 28 Januari 2019

Tun M akui Cameron Highlands kubu kuat BN

Shawaliah Hadir

xMGF28012019_PM-BBP_15-681x454
Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bercakap kepada media selepas Program Pengurusan Tertinggi Badan Berkanun Persekutuan (BBP) bertemakan 'BBP Wibawa Pemacu Malaysia Baharu' sambil diiringi Ketua Setiausaha Negara (KSN), Datuk Seri Ismail Bakar (kanan) di Perbadanan Putrajaya, Putrajaya. foto FAREEZ FADZIL
 

PUTRAJAYA – Mengakui kawasan luar bandar adalah kubu kuat Barisan Nasional (BN), Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak terkejut dengan kemenangan komponen parti itu Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands baru-baru ini. 

Malah Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu menerima keputusan yang dibuat oleh pengundi di kawasan tersebut. 

“Kami adakah PRK yang telus tanpa hanky panky dan keputusannya mengikut kehendak pengundi.

“Pada Pilihan Raya Umum ke-14 UMNO dapat kemenangan yang tinggi tapi tidak boleh menjadi kerajaan, maknanya ia (kemenangan mereka) tidak mengejutkan, ini kawasan luar bandar dan merupakan kekuatan mereka disamping mereka memainkan isu perkauman.

“Ini keputusan rakyat dan kita terima,” kata Mahathir ketika ditemui di Putrajaya hari ini.

Malah beliau berkata, kerajaan harus tahu isu-isu yang dekat dengan pengundi di kawasan tersebut khususnya berkaitan dengan kos sara hidup yang mana majoriti penduduk Cameron Highlands tidak meraih pendapatan besar setiap bulan.  

“Kami mesti tahu apa yang menghimpit mereka. Kami tahu antaranya kos kehidupan yang meningkat. 

“Bagi orang kaya tidak ada apa-apa, bagi orang miskin ia masalah besar. Mereka orang susah, hidup di luar bandar kami perlu cari cara kurangkan kos dan juga bantu dapatkan pendapatan lebih baik,” ujar beliau lagi mengulas kemenangan BN mengekalkan kerusi milik mereka pada 26 Januari lalu walaupun berdepan dengan empat penjuru.-MalaysiaGazette

Tiada ulasan: