KUALA LUMPUR – Kejayaan Barisan Nasional (BN) mengekalkan
kerusi Parlimen Cameron Highlands selepas menumpaskan calon DAP yang
mewakili Pakatan Harapan bukti sentimen Orang Asli yang masih kuat
sayangkan parti.
Keperitan rakyat khususnya peneroka Felda yang merasai kesan kos sara hidup akibat kejatuhan komoditi kelapa sawit dan getah turut menjadi penyumbang.
Selain itu, rakyat masih merasai tertipu dengan segala janji-janji kosong kerajaan Pakatan Harapan (PH) dalam manifesto PRU14 lalu.
Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dasuki berkata, rakyat khususnya Orang Melayu dan Bumiputera juga mahu melihat kerjasama utuh antara UMNO dan PAS sebagai isyarat ke arah penyatuan ummah dan kestabilan negara keseluruhannya.
“Kerjasama kukuh dan gerakerja sepadu semua jentera BN termasuk sayap-sayap yang berkampung lebih 2 minggu di semua kawasan peti-peti undi seluruh Parlimen.
“Buat pertama kali Wanita UMNO dan Muslimah Pas bergandingan bersama bergerak naik turun rumah ke rumah pengundi terutamanya di kawasan DUN Jelai.
“Kegigihan dan keikhlasan jentera UMNO di semua peringkat yang datang dari seluruh Malaysia untuk membantu tanpa mengira penat dan tanpa mengharapkan sebarang upah mahupun duit minyak,” katanya yang mengulas kemenangan Ramli Mohd Nor.
Asyraf tidak menolak populariti Datuk Seri Najib Razak juga banyak menyumbang ke arah kemenangan besar kali ini terutama dalam kalangan peneroka Felda dan Orang Asli yang masih merasai jasa dan sumbangannya kepada mereka.
“Sentiman orang Asli kaum Semai yang masih kuat sayangkan BN dan merasa terhutang budi kepada pimpinan terdahulu. Ini dapat disaksikan dengan kehadiran beramai-ramai ketika Datuk Seri Najib turun berkempen di kawasan mereka,” katanya.
Beliau melahirkan harapan kemenangan PRK Cameron Highlands ini menjadi penyuntik semangat ke arah kebangkitan kembali BN demi rakyat dan negara. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan:
Catat Ulasan