DEWAN Pemuda IKATAN
Malaysia mengamati situasi terkini umat Islam di Malaysia yang
rata-ratanya meluahkan perasaan sedih dan hiba dengan pengumuman Tabung
Haji. Terbaru, pengumuman hibah sebanyak 1.25% itu adalah hibah paling
rendah yang dicatatkan dalam sejarah penubuhan Tabung Haji itu sendiri.
Ada juga pihak yang memberikan alasan
nombor satu kenapa hibah itu rendah: Salah kerajaan terdahulu dan salah
Najib Razak. Dewan Pemuda IKATAN Malaysia mewakili seluruh rakyat
Malaysia, menggesa kerajaan Pakatan Harapan dan Menteri-Menteri agar
berhenti menunding jari kepada kerajaan terdahulu.
Faktanya,
bagaimanakah salah kerajaan terdahulu jika hutang negara pada waktu
Barisan Nasional memerintah adalah sekitar RM686 billion. Kini setelah
hampir setahun kerajaan Pakatan Harapan memerintah negara, hutang negara
melonjak tinggi kepada RM740 billion. Hibah rendah adalah kerana
kegagalan kerajaan Pakatan Harapan dalam mentadbir urus ekonomi
Malaysia.
Pada zaman sebelum wujudnya Lembaga Tabung Haji, tiada
institusi kewangan Islam untuk umat Islam Malaysia mengumpul wang bagi
menanggung kos perbelanjaan menunaikan haji. Kerajaan memberikan hibah
yang melebihi faedah yang diberikan oleh perbankan konvensional sebagai
hadiah kepada penyimpan di Tabung Haji. Hibah 1.25% amat kecil jika
dibandingkan dengan pulangan di Amanah Saham sekitar 6% – 7% dan akaun
simpanan tetap di bank sekitar 3.50%.
Diharapkan institusi
Tabung Haji terus gah di persada antarabangsa dan terus mendapat
sokongan rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia beragama Islam harus terus
bertahan dengan kerenah Kerajaan Pakatan Harapan.
Demi Bangsa Malaysia!
*Shahir Adnan, Ketua Pemuda Parti IKATAN Bangsa Malaysia - HARAKAHDAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan