SEORANG rakanku
dari Indonesia dahulu sangat suka merujuk Anwar Ibrahim sebagai pemimpin
yang Islamik. Dia juga membandingkan Tun Mahathir dengan Anwar yang
baginya Tun tidak Islamik dan sering dilihat melanggar kehendak Islam.
Aku menafikan sebahagian besar dakwaan dia berkenaan Anwar dan tidak
menafikan sangat pasal Tun. Dan semalam, aku tunjukkan dia video Anwar
sedang menari.
Dia terkejut dan bertanya, ‘Siapa itu
pak? Anwar? Aku menjawab, ya. Dia langsung menggeleng-gelengkan
kepalanya. Aku maklumkan kepadanya yang jangan terlalu percaya sangat
cerita yang baik-baik sebab takut terkejut dengan cerita buruk. Aku
bukanlah apa, takutlah dia kata tarian Anwar dengan si India tu ala-ala
tarian sufi, menari, sambil berzikir. Yalah, kan dah ada orang yang
bandingkan Anwar dengan Imam Mahdi dulu?
● Mursyidul Am PAS,
Ustaz Hashim Jasin berkata adalah lebih baik memilih BN daripada PH. Ia
sama-sama buruk. Dan buat sekalian kalinya PAS menegaskan keperluan
memilih mudharat yang memberikan sedikit keburukan. Inilah yang
ditekankan PAS daripada dahulu lagi kerana memahami yang parti politik
di Malaysia, memang perlukan gabungan. Oleh kerana tiada yang baik, maka
pilihlah yang paling kurang buruk. Buat masa ini, BN kurang mudharat.
Dulu DAP dan PKR, kurang buruknya dari BN.
Yang menariknya, PAS
boleh melabel kepada kedua-dua BN dan PH ialah dua mudharat kerana
perbuatan mereka memang memudharatkan Islam dan rakyat. Tetapi tidak
pernah kita dengar PH dan BN mengatakan PAS adalah mudharat yang
terpaksa mereka pilih. Mereka ajak PAS ikut mereka untuk menguatkan
pasukan dan memancing kepercayaan rakyat kerana rekod PAS yang
cemerlang.
Jika tidak mahu mengikut mereka, maka mereka akan
mereka cerita fitnah atau menangkap pimpinan bawah ISA (macam Tun
lakukan dahulu) bagi mengoyak kepercayaan rakyat terhadap PAS. Tapi
dalam masa yang sama, masih memujuk PAS bersama mereka. Inilah yang
berlaku kepada BN dan PH. Mereka berdua tidak mahu bersama konon kerana
dosa yang masing-masing lakukan, tetapi membuka pintu bagi PAS. Siapa
dapat PAS, dia berjaya. Nampak? PAS tidak fitnah sesiapa jika tidak mahu
bersama. Seorang pun boleh gerak.
● Salehuddin Ayub dalam temu ramah beliau dengan Utusan
telah mendakwa bahawa alasan kumpulan yang meninggalkan PAS kerana
tidak mempercayai lagi kepimpinan Presiden PAS yang baginya sudah jauh
lari dari matlamat. Dia menyatakan lagi dia masih menghormati akan fekah
Presiden PAS, bersetuju yang Presiden PAS adalah alim yang hebat.
Tetapi tidak menerima beliau dalam hal politik.
Katanya lagi,
pimpinan PAS yang keluar itu mahukan Islam yang progresif. Dua kali
diulangnya bahawa ‘kalau’ PAS masih bersama Pakatan, maka Presiden PAS
sudah menjadi Timbalan Perdana Menteri. Dia juga mengungkit jasanya yang
membuatkan Cina dan India mengundi PAS.
Pertamanya terima kasih
atas pujian kepada Presiden PAS. Kalau dia tak sebutpun, sememangnya
orang tahu yang Presiden PAS individu yang alim. Keduanya yang hendak
kita tahu, apa hebatnya beliau duduk dalam kerajaan menjadi Menteri
sekarang? Adakah dia rasa orang PAS menghormati beliau dan perasan
hebat? Ketiganya dalam Islam, kita tak guna perkataan ‘kalau’ setelah
terjadi sesuatu. Kerana penggunaan ‘kalau’ begitu dalam Islam ialah dari
syaitan. Harap Salehuddin tidak dirasuk syaitan.
Keempat,
Presiden PAS tak kebulur untuk menjadi Timbalan, malah Perdana Menteri
sekalipun. Jika beliau mahu, boleh saja sertai BN semasa menang sejak
dahulu. Sekarang pun tidak ingin. Jawatan MB Terengganu, boleh sahaja
kalau dia nak. Buat satu PRK macam Anwar buat di Kajang dan Presiden PAS
menang, jadi MB. Tapi dia tidak gila macam Anwar.
Kelima, Islam
progresif? Apa yang progresifnya? Mengfitnah Presiden PAS yang kamu
kata hormati fekah dan kealimannya dengan fitnah RM90 juta dan lain-lain
fitnah? Menipu rakyat dalam manifesto? Kamu tutup pusat judi? Kamu
tutup kilang arak? Menguar-uarkan kesalahan orang belum dibuktikan di
mahkamah? Itu yang Islam ajar? Itu dipanggil progresif?
Dulu
masa dalam jemaah Islam kolot, tidak pernah pula buat hal begini dan
tidak diajarpun. Sekarang siapa yang ajar? Dalil mana? Kitab mana?
Terima kasihlah kalau itu cubaan mahu mendakwa yang kamu lebih baik
Islamnya daripada kami. Atau cubaan menggiurkan kami dengan pangkat dan
harta dunia. Terima Kasih, Terima Kasih. Cuba lagi Abang Din.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan