HALAMAN SANTAI

Isnin, 8 April 2019

KPM nafi laporan pinggir bahasa Tamil

THE MALAYSIN TIMES
 


PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) tidak pernah menafikan hak murid kaum India untuk mempelajari bahasa Tamil di peringkat menengah.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini susulan laporan akhbar Malaysia Nanban pada 5 April bertajuk “Mengapakah Bahasa Tamil dipinggirkan” yang disifatkan KPM sebagai tidak berasas, kementerian itu berkata mata pelajaran bahasa Tamil ditawarkan sebagai mata pelajaran tambahan kepada murid yang berminat untuk mempelajari bahasa tersebut di sekolah menengah kebangsaan (SMK).

“KPM tidak pernah melaksanakan dasar mendiskriminasi pendidikan mana-mana bahasa ibunda dalam sistem pendidikan di Malaysia dan sentiasa memastikan mata pelajaran bahasa ibunda dilaksanakan dengan berkesan dan berkualiti,” demikian menurut kenyataan itu.

Menurut KPM, data murid yang mengambil atau menduduki peperiksaan Bahasa Tamil bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari tahun 2012 telah meningkat daripada 8,107 calon kepada 9,479 calon pada tahun 2018.

Bagi peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) pula, bilangan murid yang mengambil atau menduduki peperiksaan Bahasa Tamil STPM menurun daripada 731 calon pada tahun 2012 kepada 686 calon pada tahun 2018.

Menurut KPM lagi, dalam memastikan kualiti semua guru termasuk guru-guru Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) terus ditingkatkan seiring dengan perkembangan semasa, KPM mengambil pelbagai langkah, antaranya:

1. Mengadakan pelbagai latihan dan program secara berterusan kepada guru disemua sekolah bagi memastikan pedagogi, kemahiran dan kompetensi mereka berada pada tahap yang tinggi.

2. Latihan pengetahuan dan kemahiran guru dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) abadke-21 yang menekankan kepada pendidikan STEM, Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), Professional Learning Community (PLC), dan kemahiran ICT.

3. Mengadakan jaringan kolaboratif dengan Kerajaan Tamil Nadu, India bagi meningkatkan pengetahuan dan perkongsian PdP Bahasa Tamil dan Kesusasteraan Tamil dalam kalangan guru-guru di SJKT.

4. Di peringkat Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP), KPM menawarkan pengkhususan bidang Bahasa Tamil Sekolah Rendah diInstitut Pendidikan Guru bagi melatih guru dalam kesusasteraan BahasaTamil, kaedah pengajaran dan pembelajaran bahasaTamil.

5. PISMP bagi pengkhususan bidang Bahasa Tamil Sekolah Rendah juga ditawarkan bagi melatih guru-guru Bahasa Tamil untuk ditempatkan disekolah kebangsaan (SK) bagi mengajar murid-murid keturunan India yang belajar di SK serta murid-murid daripada pelbagai keturunan yang minat untuk mempelajari Bahasa Tamil.

Tiada ulasan: