HALAMAN SANTAI

Isnin, 8 April 2019

Respons pantas pusat terhadap masalah cerminkan komitmen saya – Streram

THE MALAYSIAN TIMES



SEREMBAN: Calon Pakatan Harapan (PH) Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau Dr S. Streram menyifatkan respons pantas menteri dan pihak berwajib terhadap isu-isu yang dibangkitkannya sebagai cerminan komitmennya dalam membantu menyelesaikan masalah rakyat di Rantau.

Beliau memberi contoh isu Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Rantau yang tertangguh dan maklum balas segera Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin.

Ini satu penghormatan kepada saya, katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Beliau sebelum ini dilaporkan berkata akan bertemu Zuraida bagi mencari penyelesaian berhubung isu tersebut. –Bernama

 

Tiada ulasan: