PARLIMEN | Seorang wakil rakyat pembangkan hari ini menyatakan rasa tidak puas hati atas sikap dwistandard kerajaan PH berhubung lawatan ahli politik ke sekolah.
Memetik kejadian yang menimpa dirinya, Noh Omar (BN-Tanjung Karang) berkata ada pengetua yang menerima surat amaran kerana membenarkan beliau hadir ke sekolah yang terletak dalam kawasan diwakilinya.
Bekas menteri itu berkata kerajaan wajar berlaku adil menangani ahli politik memasuki kawasan sekolah, termasuk dalam kalangan wakil rakyat PH.
Katanya jika wakil rakyat pembangkang perlu mendapat kebenaran sebelum hadir ke sekolah kerajaan, hal yang sama juga mesti dikenakan terhadap wakil PH.
Bagaimanapun RSN Reyer (PH-Jelutong) kemudian bangkit dan menjelaskan perbezaan peraturan memasuki kawasan sekolah ketika BN berkuasa sebelum ini.
Kata Reyer suatu ketika dulu BN melarang mana-mana wakil rakyat pembangkang masuk ke sekolah kerajaan bagi menghadiri sesuatu program.
Menjawab kenyataan itu Noh kemudian menggunakan misalan yang menarik. Katanya perbuatan tersebut boleh dianggap salah jika pelakunya "ditangkap."
"YB (seorang) peguam. Mencuri tidak salah, tau? Bila kena tangkap, itu baru salah.
"Naik motor tiada topi keledar - itu tidak salah, bila polis tahan baru jadi salah," katanya semasa berbahas di Dewan Rakyat.
Rasmikan mesyuarat pun jangan
Menterinya, Dr Maszlee Malik, berkata permohonan boleh dibuat melalui jabatan pendidikan negeri dan pekeliling mengenai prosedur itu sudah dikeluarkan.
Maszlee menjelaskan perkara itu pada Nov tahun lalu lagi.
Katanya pegawai yang berkenaan memberitahu jabatan terbabit tidak ada halangan asalkan beliau mengikut peraturan.
"Saya faham, kena ikut peraturan.
"Tapi saya nak beritahu satu perkara - janganlah ada pegawai memberi tekanan kepada guru besar, pengetua dan pegawai yang dilihat bekerjasama dengan saya," katanya.
Menurut Noh semasa hadir ke sekolah yang berkenaan beliau tidak berucap sebaliknya hanya memberi sumbangan sebagai menghormati peraturan yang diluluskan.
"Hanya saya minta to be fair (berlaku adil).
"Apabila saya datang ke sekolah, pengetua kena panggil, guru besar kena panggil, pegawai kena beri surat amaran.
"Saya ini pun wakil rakyat, saya faham peraturan. Jadi kalau nak ikut undang-undang, ikut undang-undang betul-betul.
"Kalau dia wakil rakyat kerajaan sekalipun, kalau tiada kelulusan, tolong jangan benarkan merasmikan mesyuarat PIBG (Persatuan Ibu Bapa dan Guru)," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan