HALAMAN SANTAI

Jumaat, 5 April 2019

PM kecewa wang dibazir bina senjata


   

Perdana menteri Dr Mahathir Mohamad menzahirkan rasa kecewa apabila banyak wang dibazirkan untuk membangunkan senjata api sedangkan ia boleh dimanfaatkan untuk teknologi yang lebih berfaedah.

Beliau mengambil contoh Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) yang pada asalnya diadakan sebagai pameran pesawat kecil, tetapi kini menjadi medan mempamerkan pesawat dan jet pejuang besar untuk peperangan.

"Saya bercakap mengenai teknologi dan sebagainya, kita boleh buat mikro cip untuk pelbagai benda.
"Tetapi tumpuan diberikan dan banyak wang dibelanjakan bagi membangunkan senjata.

"Pada asalnya LIMA hanya pameran bagi pesawat kecil, tetapi kita membanggakan pesawat atau jet pejuang yang besar untuk melakukan kekejaman," katanya pada perasmian penutup Forum CEO anjuran Yayasan Kepimpinan Perdana di Kuala Lumpur petang tadi.

Untuk rekod LIMA 2019 berakhir pada 30 Mac lalu.

Menteri Pertahanan Mohamad Sabu sebelum ini berkata LIMA kali ini diiktiraf sebagai yang terbaik dalam penganjurannya apabila mencatat nilai Memorandum Persefahaman (MoU) dan kontrak yang ditandatangani melebihi RM4 bilion.

Ia dikatakan tertinggi dalam sejarah penganjurannya sejak 1991.

Kali pertama LIMA dianjurkan hanya satu syarikat tempatan terbabit, tetapi pada LIMA 2019 terdapat 206 pempamer tempatan.

LIMA kali ini juga mencatat kehadiran pelawat perdagangan seramai 42,030 daripada 63 negara - menunjukkan pameran itu mempunyai tarikan dan pengunjung setia tersendiri.

LIHAT VIDEO DI SINI


Tiada ulasan: