
Normah menjelaskan, dia tidak menyangka persembahan hiburan untuk tetamu itu mengundang perasaan kurang senang netizen sehingga keluarganya menerima kritikan hebat.
“Saya ingin menyusun sepuluh jari memohon
maaf kepada semua di atas kekhilafan pada majlis anakanda saya. Untuk
pengetahuan semua, segmen membabitkan paper doll (mak nyah) itu
sebenarnya persembahan tradisional, ‘miming’, lawak jenaka dan gurau
santai dengan tetamu ala-ala Bollywood.
Normah membuat kenyataan itu menerusi muat naik video di akaun Instagramnya, petang semalam.
Ahad lalu, netizen mengkritik klip video yang memaparkan aksi penari dipercayai lelaki menyerupai wanita sedang menari dengan rutin disifatkan keterlaluan pada majlis perkahwinan Ayha yang berkonsepkan tradisional Melayu.
Klip video itu tular selepas dikongsi kakak Ahya, Liana Rosli atau lebih dikenali sebagai Kak KM di Instagram.
Netizen bagaimanapun mengecam persembahan itu dan menyifatkan Ahya tidak sensitif apabila membenarkan penari beraksi sedemikian pada majlis yang dihadiri kanak-kanak dan warga emas.
Ahya menerusi kenyataannya, semalam berkata, dia tidak kisah dengan kritikan netizen kerana persembahan itu sekadar hiburan khas untuk tetamu.
“Saya tak kisah apa orang nak kata (mengenai majlis resepsi)… Itu majlis perkahwinan saya dan saya berhak untuk buat apa sahaja yang disukai.
“Lagipun, persembahan itu sekadar hiburan biasa untuk tetamu. Netizen pula berlebih-lebih,” ujarnya.
Ahya bernikah dengan gadis pilihan yang dikenali sebagai Shahirah di Bukit Kiara Equestrian di sini pada 29 Mac lalu. – MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan