Pemimpin Bersatu, Osman Sapian berkata beliau masih menjadi
menteri besar sehinggalah surat peletakan jawatannya diserahkan kepada
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar esok.
“Saya masih Menteri Besar Johor sehingga surat peletakan jawatan saya diserahkan kepada Sultan Johor esok,” katanya kepada pemberita di Johor Bahru.
Difahamkan, Osman akan bertemu Sultan Johor di Istana Pasir Pelangi kira-kira pada 8 pagi esok.
Adun Kempas itu enggan mengulas lanjut isu peletakan jawatannya berkata akan mengadakan sidang akhbar di lokasi yang akan diberitahu kemudian selepas menghadap Sultan Ibrahim.
Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad sebelum ini mengesahkan Osman menyerahkan dua surat peletakan jawatan itu kepadanya dalam satu pertemuan di Putrajaya pada 8 April lalu, dengan satu daripada surat itu kepada Sultan Johor.
“Buat sementara waktu, Johor tiada MB. (Mungkin) kita akan lantik sama ada pemangku," katanya yang menjelaskan surat kepada Sultan Johor, hanya akan diserahkan sebaik baginda pulang ke tanah air.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan