Wartawan Watan-Online
Tindakan umat Islam untuk mempertahankan isu Tabung Haji demi kepentingan ummah merupakan satu bentuk jihad ekonomi.
Ahli Parlimen BN Rompin, Datuk Seri Hasan Ariffin berkata justeru, masyarakat pelbagai agama di negara ini dinasihatkan untuk tidak memandang serong terhadap definisi jihad yang bukan membawa maksud peperangan tetapi perjuangan.
“Semalam saya bercakap dalam Parlimen berkaitan isu Tabung Haji.
“Banyak yang saya tanyakan kerana ia penting memandangkan terlalu banyak isu yang melanda Tabung Haji sejak Pakatan Harapan (PH) mengambil alih pucuk pimpinan negara.
“Umat Islam khususnya penyimpan di Tabung Haji berasa khuatir tentang simpanan mereka maka saya mahu perkara ini dijelaskan kerana ia adalah satu jihad dalam bidang ekonomi,” ujar beliau kepada media di Parlimen pada Rabu.
Isu jihad mula diperkatakan apabila Ahli Parlimen Bera Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu majlis sebelum ini mengeluarkan kenyataan bahawa kerjasama UMNO-PAS sebagai jihad untuk menumbangkan kerajaan PH yang didakwa sebagai ‘anti-Melayu’ dan ‘anti-Islam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan