SEREMBAN: Presiden
Umno, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata penyatuan ummah tersebut
tidak akan menolak bangsa lain, malah turut menjamin penghormatan
terhadap penganut agama selain daripada Islam.
Katanya, beliau akan melakukan perkara
sama susulan kerjasama PAS dan Umno dan berterima kasih kepada
pemangkunya, Dato' Seri Mohamad Hasan kerana menjalankan tugas-tugas
beliau semasa ketiadaannya.
"Ini tak ada cemburu-cemburu. Tok Mat
tak cemburu kat saya, saya pun tak ada cemburu-cemburu. Tapi saya kena
ingat, saya pun ada tukang cucuk, Tok Mat lagi ramai tukang cucuk.
"Jangan dengarlah tukang-tukang cucuk
tu, sebab dalam politik ini banyak politik sate. Sate itu tak namanya
sate kalau ikan tak dibakar, jadi ikan bakar. Kalau ayam dibakar, ayam
bakar.
"Kena cucuk dulu, ini bahaya tukang cucuk. Cucuk sate, kalau cucuk daging, bakar pun jadi daging bakar, belum jadi sate.
"Sate ini, apabila ada tukang kipas.
Sekejap kiri, sekejap kanan, sekejap depan, sekejap belakang, tukang
kipas sate ini bahaya. Ada dalam parti, ada luar parti," katanya.
Beliau berkata demikian dalam Majlis
Ramah Mesra sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun)
Rantau di Taman Angsamas, malam tadi.
Turut hadir ialah Naib Yang Dipertua PAS Kuala Pilah, Kamaruddin Tahir serta beberapa pimpinan Barisan Nasional.
Beliau berkata, untuk menolak 'tukang kipas dan tukang cucuk sate', calon BN iaitu Tok Mat haruslah menang PRK Dun Rantau. – HARAKAHDAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan