TAMBUN: Ketua Pemuda
PAS Kawasan Tambun, Ustaz Hafez Sabri bersama PAS Cawangan Medan Klebang
Restu telah menyantuni penduduk melalui program sumbangan sempena
kedatangan Ramadan di cawangan ini di Chemor, di sini semalam.
Program yang diadakan ini merupakan
hasil infak keperluan makanan asas dari orang awam yang kebanyakannya
terdiri daripada ibu bapa dan penjaga PASTI di kawasan perumahan
tersebut.
Ketua PAS Medan Klebang Restu, Khairi
Ramli berkata, program serahan terus ke rumah penduduk ini merupakan
langkah proaktif yang dirangka oleh ahli PAS di sini bagi mendekati
masyarakat setempat.
Selain itu katanya, melalui aktiviti
kebajikan ini, PAS Medan Klebang Restu berpeluang mengetahui maslahah
penduduk perumahan terutamanya dalam hal-hal kebajikan dan kemanusiaan
yang perlu dititikberatkan.
Sumbangan keperluan makanan asas telah
diagihkan kepada keluarga yang terpilih terdiri daripada mereka yang
menghidap penyakit kronik, ibu tunggal serta golongan kurang upaya.
Program sumbangan sempena Ramadhan
membuktikan PAS bukan hanya sebuah parti politik, malah turut prihatin
serta hal-hal kebajikan dan kemasyarakatan di peringkat Cawangan mahupun
Kawasan. - HARAKAHDAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan