HALAMAN SANTAI

Khamis, 2 Mei 2019

Akta 355: PH jangan buat ‘U-turn’ pula

BASIRON ABDUL WAHAB

 
 
 
KUANTAN: Kerajaan Pakatan Harapan (PH) diharap tidak membuat ‘U-Turn’ di atas kesediaan seorang timbalan menteri meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355).
 
Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang Andansura Rabu berkata, PAS Pahang menyokong kenyataan Timbalan Menteri Fuziah Salleh berkaitan isu tersebut.
 
Katanya hanya melalui pindaan tersebut membolehkan institusi Mahkamah Syariah di negara ini dapat diperkasakan.
 
"Jadi kita berharap kerajaan PH tidak membuat U-turn di atas kenyataan timbalan menteri terbabit,” katanya di sini.
 
Fuziah yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri baru-baru ini memberitahu kerajaan PH berhasrat meminda Akta 355 sebagai langkah memperkasakan Mahkamah Syariah secara komprehensif.
 
Pada 6 April 2017 anggota Parlimen Marang, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang membentang Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (RUU 355) dengan pindaan di Dewan Rakyat.
 
Rang undang-undang persendirian itu dibawa kali ketiga untuk meminda Seksyen 2 dalam akta berkenaan.
  
Bagaimanapun sehingga sekarang RUU tersebut tidak dibahas ahli dewan untuk mendapat kelulusan. - HARAKAHDAILY


Tiada ulasan: