Bayi yang masih bertali pusat itu dibawa ke Hospital Ampang
KUALA LUMPUR –
Salakan kuat anjing milik pengawal keselamatan membawa kepada penemuan seorang
bayi masih bertali pusat yang dicampakkan ke dalam tong sampah di sini pagi
ini.
Bayi itu ditemukan di hadapan sebuah kedai
serbaneka di Pandan Indah, kira-kira jam 6 oleh pengawal berkenaan ketika
sedang membuat rondaan di sekitar kawasan itu.
Menyatakan kejadian itu, Timbalan Ketua Polis
Daerah Ampang Jaya, Supt Mohd Zaid Hassan berkata, anjing itu secara tiba-tiba
menyalak dengan kuat menyebabkan pengawal keselamatan itu terdorong menjengok
sebuah tong sampah bila mendengar tangisan bayi.
“Bila diperiksa ada seorang bayi dan beliau terus
menghubungi pihak polis untuk mendapatkan bantuan,” kata Mohd Zaid dalam satu
kenyataan.
Beliau berkata, bayi yang masih bertali pusat itu
kemudiannya dibawa ke Hospital Ampang untuk rawatan.
“Pemeriksaan doktor mendapati tiada sebarang
kecederaan pada anggota badan bayi,” katanya sambil memaklumkan kes disiasat
mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan. – Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan