Zakat fitrah Melaka, Negeri Sembilan kadar baharu RM7
12 negeri termasuk Sabah, Sarawak kekal kadar sebelumnya
BANGI
– Bermula tahun ini, kadar bayaran zakat fitrah bagi Melaka dan Negeri Sembilan
ditetapkan kepada RM7, berbanding RM6.70 dan RM6.50 tahun sebelumnya.
Bagaimanapun, Majlis Agama Islam
Melaka (MAIM) menetapkan dua kadar bayaran zakat fitrah kepada umat Islam di
negeri itu, iaitu RM7 dan RM14, berdasarkan harga semasa beras mengikut gred
yang menjadi makanan rutin harian.
Perubahan ketetapan harga itu hanya
membabitkan dua negeri berkenaan, sementara 12 lagi negeri lain termasuk di Sabah
dan Sarawak masih kekal pada kadar seperti tahun sebelumnya.
Di Perlis, Pulau Pinang, Selangor,
Wilayah Perseketuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, kadar zakat fitrah bagi
umat Islam di negeri berkenaan masih kekal pada RM7.
Turut kekal dengan kadar sama adalah
Pahang, Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak.
Terdapat beberapa negeri yang
mempunyai lebih daripada satu kadar zakat, di mana pembayar perlulah memilih
kadar berkenaan mengikut jenis beras yang menjadi makanan harian mereka.
Di Kedah, Lembaga Zakat Negeri Kedah
(LZNK) menetapkan kadar zakat fitrah bagi tahun ini, kekal RM7 dan
mengalu-alukan golongan berkemampuan yang ingin membayar secara gandaan
mengikut jenis beras yang dimakan orang ramai iaitu RM14 (beras import) dan
RM21 (beras basmathi) seorang.
Ketetapan yang sama turut dikenakan
di Perak dengan tiga kadar zakat fitrah berbeza iaitu RM7, RM14 dan RM21.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan