HALAMAN SANTAI

Jumaat, 14 Jun 2019

Haziq lapor polis bimbang keselamatan diri selepas pengakuan gempar

Haziq Aziz memuat naik salinan laporan polis yang dibuatnya 
di Balai Polis Kelana Jaya, petang ini ke Facebooknya. (Gambar 
Facebook)
 
PETALING JAYA: Setiausaha sulit timbalan menteri industri utama yang digantung tugas, Muhammad Haziq Aziz membuat laporan polis kerana bimbang dengan keselamatannya selepas mengaku terbabit dalam klip video seks sejenis dengan seorang menteri.

Katanya, beliau mahu membalas dakwaan dan kritikan terhadapnya oleh netizen, tentera siber dan pembantu seorang menteri yang didakwanya terbabit mengadakan hubungan seks sejenis dengannya.

Ketua Pemuda PKR Bahagian Santubong itu memuat naik salinan laporan polis dibuatnya di Balai Polis Kelana Jaya, petang ini ke Facebooknya.

Ketua Polis Selangor, Noor Azam Jamaludin ketika dihubungi FMT mengesahkan pihaknya menerima laporan polis itu.

Haziq dalam catatan di Facebooknya berkata: “Anda boleh gelar saya apa saja anda mahu, tetapi saya tidak pernah dibesarkan sebagai penipu.”

Dalam laporan polis itu, Haziq berkata, seorang pemimpin kanan kerajaan mendakwanya mempunyai agenda politik, walaupun selepas membuat pengakuan bersumpah dirinya terbabit dalam klip video seks sejenis itu.

Katanya, beliau bimbang apabila seorang pembantu dikatakan dihantar individu kedua dalam klip video itu – yang didakwanya seorang menteri – menemuinya di sebuah restoran di Putrajaya untuk memintanya menipu mengenai klip video terbabit.

Haziq mendakwa lelaki itu mengugutnya selepas beliau menolak permintaan itu.

FMT tidak menamakan lelaki itu atau individu lain yang disenaraikan dalam laporan polis Haziq.

Terdahulu, Kementerian Industri Utama menggantung tugas Haziq serta-merta dan memberi 3 hari kepadanya untuk menjawab surat tunjuk sebab, susulan pengakuannya terbabit dalam klip video seks sejenis itu.

Tiada ulasan: