HALAMAN SANTAI

Khamis, 13 Jun 2019

Hilman nafi tuduhan Haziq

Hidayatul Akmal Ahmad 
 
HILMAN. FOTO Bernama
 


SETIAUSAHA Politik Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Hilman Idham menafikan tuduhan Haziq Abdullah Abdul Aziz mendakwa beliau mengugut Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Santubong itu.

Hilman berkata, beliau mengaku bertemu dengan Haziq di sebuah hotel di Putrajaya pada Selasa lalu secara terbuka atas dasar peribadi tanpa pengetahuan sesiapa, termasuk Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

“Saya mengenali beliau (Haziq) sejak beliau masih di kampus sebagai mahasiswa. Namun, tuduhan beliau kepada saya itu tidak benar.

“Kami berbual tentang video yang tular itu. Haziq menyatakan kekecewaan atas permainan politik jijik dan beliau tegaskan bahawa video palsu dan beliau bukan karakter dalam video itu.

“Haziq juga menyatakan ingin bertemu keluarganya untuk meminta pandangan,” katanya kepada wartawan Harian Metro, hari ini.

Katanya, beliau bersetuju dengan permintaan Haziq, dan memaklumkan keluarga adalah elemen penting dalam menghadapi fitnah sebegitu.

Terdahulu, Haziq membuat laporan polis, mendakwa dipaksa menafikan terbabit dalam rakaman video lucah bersama Mohamed Azmin yang tular di media sosial.

Haziq yang membuat hantaran laporan polis berkenaan di akaun Facebook miliknya berkata, dia dipaksa berbohong oleh Hilman dalam pertemuan di restoran di Putrajaya, baru-baru ini.

Dakwanya, Hilman membuat ugutan selepas dia enggan menurut arahan berbuat demikian.

“Tujuan saya membuat laporan ini untuk menyangkal segala tohmahan yang dibuat netizen, cybertroopers, YB Hilman dan yang lain.

“Saya dituduh ada agenda politik oleh Perdana Menteri selepas membuat pengakuan bersumpah,” tulisnya dalam laporan yang dibuat di Balai Polis Kelana Jaya di Petaling Jaya, hari ini.

Berita berkaitan:
  • Haziq dakwa diugut setiausaha politik Mohamed Azmin
  • Haziq Abdullah digantung tugas serta-merta
  • Polis buka kertas siasatan
  • Saya kenal dari jauh - Mohamed Azmin
  • Setiausaha Politik Mohamed Azmin buat laporan polis
  • 'Saya tak rasa ia benar'
  • Azmin nafi terbabit video lucah
  • 'Saya tak tau apa pun...'

  • Tiada ulasan: