HALAMAN SANTAI

Sabtu, 8 Jun 2019

Rakyat muak telagah pemimpin

Ustaz Mohd Hazizi Abd Rahman

Pemimpin tak beri perkhidmatan terbaik, hanya fokus krisis dalaman


SELAMA lebih 20 tahun rakyat Malaysia terheret dalam pertelagahan politik antara Tun Dr Mahathir Mohamad (Tun M) dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim (DSAI). Perkara ini masih berlangsung hingga ke hari ini.

Sesiapa yang menafikannya, bermakna dia berbohong, dalam keadaan dia sedar bahawa orang lain tahu yang dia sedang berbohong.

Terkini, isu pelantikan Latheefa Koya adalah satu lagi batu tanda permainan politik Tun M untuk menyekat pengaruh DSAI.

Kita semua tahu mereka berdua punyai kem masing-masing dan Tun M konsisten memberi jawatan kepada ahli politik yang tidak sekepala dengan DSAI, walaupun daripada PKR sendiri.

Kesan negatif daripada tindakan-tindakan pertelagahan politik sebegini ialah naiknya seseorang itu untuk memegang jawatan utama perkhidmatan awam negara bukan berdasarkan merit, tapi kerana asobiyah jahiliyah atau kepuakan tercela.

Akibatnya ditanggung oleh rakyat, apabila penjawat yang dilantik tidak boleh memberikan perkhidmatan yang terbaik, kerana tumpuan banyak diberikan kepada pertelingkahan dalaman sesama parti politik, berbanding menjayakan projek-projek yang menyenangkan kehidupan rakyat.

Pakatan Harapan tidak mendatangkan sesuatu yang baharu, kerana para pemimpinnya adalah watak-watak lama, yang sama ada watak pembangkang yang tidak mampu memimpin negara (tak pandai buat kerja), mahu pun watak pemimpin negara (seperti Tun M dan DSAI) yang mengheret rakyat ke dalam pertelingkahan yang tak sudah-sudah merugikan bangsa.

Rakyat Malaysia perlu memilih watak-watak baharu.

*Ustaz Mohd Hazizi Abd Rahman,  Naib Presiden Berjasa


Tiada ulasan: