HALAMAN SANTAI

Sabtu, 8 Jun 2019

9 ditahan selepas mangsa parah dibelasah 20 lelaki akibat terlanggar bahu


Sembilan lelaki ditahan di bawah Seksyen 148 dan Seksyen 326 
Kanun Keseksaan kerana merusuh serta mendatangkan kecederaan.

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki cedera parah selepas dibelasah sekumpulan 20 lelaki akibat terlanggar bahu dalam kejadian di sebuah pusat hiburan di Dataran C180, Cheras Selatan, dekat sini, awal hari ini.

Dalam kejadian 3.27 pagi itu, polis menahan 9 lelaki di bawah Seksyen 148 dan Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana merusuh serta mendatangkan kecederaan.

Ketua Polis Daerah Kajang, Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, kekecohan tercetus di pusat hiburan itu selepas seorang daripada sekumpulan lelaki itu bertindak membaling kerusi ke arah pengunjung yang bergesel bahu.

“Salah seorang daripada mereka juga menghubungi rakan lain sebelum 20 orang tiba dan menyerang mangsa itu sehingga cedera,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ekoran kejadian itu, Dzaffir berkata, mangsa dihantar ke Hospital Kajang, sebelum dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur akibat kecederaan dalaman.

Katanya, semua suspek akan direman esok untuk siasatan lanjut.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu untuk tampil membantu siasatan atau menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Kunalan di talian 014-6124325.


Tiada ulasan: