Tengku Asmadi Tengku Mohamad berkata, sikap tidak bertamadun itu menjadi lebih parah ketika musim
perayaan apabila berlakunya kesesakan jalan raya.
Katanya, sikap demikian memberi gambaran jelas bahawa Malaysia masih gagal mendidik wanganya menjadi pembersih.
“Kita belum bertamadun. Kita masih memiliki mentaliti kelas ke-3, jauh daripada menjadi negara maju.
“Ia berlaku sepanjang masa. Musim perayaan jadi lebih teruk,” katanya.
Ketika dihubungi FMT, Asmadi enggan mendedahkan lokasi dan tarikh rakaman itu diambil, sebaliknya berkata, sikap atau kejadian sedemikian tidak berlaku di kawasan tertentu, sebaliknya di seluruh negara.
Beliau turut menyeru orang ramai supaya merakam gambar pemandu yang membuang sampah dari kenderaan agar tindakan boleh dikenakan terhadap mereka, seterusnya menjadi contoh pengajaraan kepada pengguna lain.
“Sebagai manusia, sudah sampai masanya kita peka tentang bukan sahaja hubungan kita dengan Tuhan dan hubungan sesama manusia, tetapi kena peka dan jaga hubungan kita dengan alam.
“Kena tingkatkan lagi kempen. Letak ‘billboard’ sebagai peringatan. Siapa yang nampak ambil gambar atau video pelaku dan ‘viralkan’.
“…waktu puncak perlu ada penguatkuasa peronda bermotosikal untuk pantau dan saman. Kempen sediakan plastik sampah dalam kereta,” katanya lagi.
Beliau berkata, perbuatan membuang sampah dari kenderaan bukan lagi disebabkan sikap individu semata-mata, sebaliknya telah menjadi budaya kerana ia dilakukan banyak pihak.
“Perlu dibetulkan pemikiran yang masih tidak sedar akan pentingnya menjaga kebersihan. Apabila semua orang ambil gambar dan viral, lama kelamaan orang malu nak buat,” katanya.
Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA) sebelum ini bersetuju orang ramai merakam gambar pemandu yang membuang sampah dari kenderaan bagi membolehkan pihak berkuasa mengambil tindakan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan