
Polis didakwa menahan reman Pengerusi PKR Perak Farhash Wafa
Salvador kerana mahu memberikan tekanan terhadap pihak yang menyuarakan
ketidakpuasan hati terhadap kes video dikait dengan pimpinan parti itu.
Kata Adun Hulu Kinta, berdasarkan Akta Komunikasi, Farhash yang juga setiausaha politik Presiden PKR Anwar Ibrahim tidak perlu dikenakan tahanan reman.
"PKR Perak tidak campur tangan dalam siasatan tetapi polis Bukit Aman harus profesional. Namun, pihak polis juga tidak boleh mengamalkan sikap 'double standard' serta diskriminasi".
Arafat yang juga ketua PKR cabang Tambun berkata: "Rakyat hendak tahu pelaku dalam adegan video seks tersebut."
Hari ini, dua lagi individu dilaporkan ditahan berhubung siasatan video seks yang dikaitkan dengan seorang menteri, maklum Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador, lapor agensi berita nasional.
Bernama melaporkan Abdul Hamid berkata kedua-dua mereka ditahan di Shah Alam semalam.
Katanya, siasatan berhubung kes itu sedang giat dilakukan mengikut dua sudut iaitu kesahihan dan pelaku serta siapa yang membuat dan menyebarkan video berkenaan.

Semalam, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Huzir Mohamed berkata Lima daripada mereka yang ditahan bersama Haziq Abdullah Abdul Aziz berhubung kes video seks telah dibebaskan.
Beliau berkata kelima-lima mereka yang ditahan pada Ahad lalu, dibebaskan selepas perintah reman mereka berakhir.
Perintah reman selama enam hari ke atas Haziq, yang merupakan bekas ketua Pemuda PKR (AMK) Santubong, dijangka tamat tempohnya hari ini.
Terdahulu, mahkamah mengurangkan perintah reman selama lima hari mereka kepada empat hari.
Sementara itu, Huzir berkata Farhash masih dalam tahanan.
Farhash ditangkap bersama dua suspek lain di Pasir Gudang, Johor pada Selasa lalu.
Sebelum ini, ketua polis negara berkata siasatan mendedahkan wujudnya "pakatan jahat" yang didalangi oleh pemimpin sebuah parti politik untuk mengaib dan merosakkan reputasi Azmin.
Beliau juga mengesahkan video intim tersebut adalah tulen berdasarkan hasil analisis CyberSecurity tetapi proses pengecaman muka gagal untuk menentukan lelaki yang bersama Haziq melakukan tindakan seksual itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan