Tindakan hadirin yang didakwa meninggalkan majlis di Felda
Selancar 3, Pahang semalam ketika Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad
sedang berucap bukan disebabkan mereka memboikot program berkenaan, kata
laporan.
"Ketika Dr Mahathir berucap sudah jam 11 (pagi) lebih, jadi ada antara peneroka yang mungkin lapar kerana telah menunggu sejak pagi, jadi mereka melihat ada makanan yang tersedia untuk dimakan maka mereka pergi mendapatkannya.
"Bilangan yang beransur juga tidaklah ramai kerana mungkin dalam setengah peratus sahaja berbanding lebih 14,000 peneroka yang hadir dan setia mendengar ucapan Dr Mahathir," katanya.
Katanya lagi, mungkin hal itu disebabkan mereka mahu mendapatkan makanan kerana ada yang sudah berbaris di tempat makanan disediakan.
Sejak semalam tular video memaparkan kejadian berkenaan yang turut dikongsikan antaranya oleh Ketua Puteri Umno Zahida Zarik Khan dan Exco Pemuda Umno, Wan Muhammad Azri Wan Deris atau Papa Gomo.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan