HALAMAN SANTAI
Selasa, 24 Disember 2019
Sumpah Laknat Azizan
Ramai sudah lupa bahawa mangsa LIWAT Anwar Ibrahim pernah buat sumpah laknat tentang kerakusan Anwar meliwatnya.
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih, saya Azizan bin Abu Bakar IC 5980324 dengan ini membuat pengakuan bersumpah bahawa saya telah menjadi mangsa hubungan sejenis yakni homoseksualdengan Anwar bin Ibrahimyang kini memangku jawatan Timbalan Perdana Menteri.
Perbuatan terkutuk ini telah dilakukan untuk beberapa kali sekitar tahun 1992 tanpa kerelaan saya. Ia kerap berlaku di hotel-hotel mewah seperti PJ Hilton, Hyatt Saujana dan Holiday Villa tanpa pengetahuan umum dan isterinya.
Buat makluman, saya merupakan bekas pemandu peribadi kepada isterinya iaitu Dato Seri Wan Azizah.
Sepanjang bekerja di bawah naungan beliau, Anwar, saya sering dipanggil untuk melakukan perkara terkutuk itu walaupun untuk beberapa kali saya cuba menolaknya. Sifat rakusnya membayangkan beliau seorang yang boleh dikategorikan sebagai ''kronik'' sehingga membuatkan jiwa dan mental saya begitu tertekan.
Perasaan bersalah akhirnya menguasai diri saya apabila setiap kali terpandang wajah Datin Seri Wan Azizah yang begitu tinggi akhlaknya.
Akhirnya saya telah membuat keputusan untuk berhenti daripada terus menjadi hamba homoseksual kepada manusia yang saya kategorikan bersifat binatang iaitu Anwar bin Ibrahim.
Sekali lagi dengan nama Allah Yang Maha Mengetahui akan segala-galanya, saya bersumpah membuat pengakuan ini tanpa mempunyai niat atau motif tertentu sama ada secara peribadi mahupun politik untuk menjatuhkannya.
Pengakuan ini dibuat berdasarkan kesedaran dan keinginan menegakkan kebenaran demi menyelamatkan insan-insan yang teraniaya seperti saya.
Saya tidak keberatan untuk dipanggil bagi menjelaskan kedudukan dengan lebih terperinci.
Akhir sekali saya berharap pihak yang bertanggungjawab dapat mengambil kira pandangan ini secara serius supaya pemimpin ini diberikan hukuman yang setimpal demi kebaikan dan pengajarankepada pemimpin lain.
Dengan nama Allah, sekali lagi saya Azizan bin Abu Bakar bersumpah bahawa segala laporan di atas dibuat dengan kerelaan hati saya tanpa desakan, tuntutan dan tekanan daripada pihak-pihak tertentu. Segala-galanya adalah benar demi menyelamatkan bangsa dan negara.''
BERANIKAH ANWAR IBRAHIM bersumpah laknat bahawa beliau TIDAK meliwat???
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan