Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin
Ambil tindakan keras terhadap NGO melampau, antinasional

BANGI – “Ketika kerajaan China menakut-nakutkan Uyghur dengan ancaman
keganasan, Dong Jiao Zong pula menakutkan-nakutkan kaum Cina dengan 3 muka
surat tulisan jawi yang kononnya menyebabkan anak-anak mereka memeluk Islam.”
Demikian
kata Presiden Ikatan Guru-guru Muslim Malaysia (iGuru), Ustaz Azizee Hasan
berhubung sikap degil kumpulan pendidikan Cina, Dong Zong dan Jiao Zong yang
tetap mahu meneruskan Kongres Pertubuhan Cina pada 28 Disember ini.
Ustaz
Azizee berkata, tindakan Dong Jiao Zong ini seolah-olah seperti tindakan
kerajaan China yang berusaha menghapuskan etnik minoriti Uyghur.
“Ketika
kerajaan China cuba meneutralkan minoriti Islam supaya tidak mengamalkan ajaran
Islam, Dong Jiao Zong pula meneutralkan majoriti muslim menentang 3 muka surat
jawi yang ingin diajar kepada minoriti bukan Islam.
“Begitu
juga kerajaan China mendakwa membina kem pendidikan vokasional untuk
men’China’kan etnik Uyghur sedangkan Dong Jiao Zong pula berjuang
mempertahankan sekolah-sekolah vernakular untuk menjaga ke ‘Cinaan’ mereka,”
katanya ketika dihubungi Ismaweb.net, hari ini.
Mengulas
lanjut, beliau berkata, sudah jelas terang lagi bersuluh langkah dan tindakan
Dong Jiao Zong bersikap melampau dan antinasional.
Sehubungan
itu, iGuru menggesa pihak kerajaan mengambil tindakan keras terhadap langkah
tersebut kerana ia bersikap antiperpaduan.
“iGuru
berharap pihak Dong Jiao Zong menghentikan segera kongres membantah pengenalan
tulisan jawi dan mengutamakan kepentingan nasional.
“Dong
Jiao Zong perlu kembali menghormati Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan
serta wajar juga pertubuhan seperti ini dilihat semula keabsahannya sebagai
sebuah NGO,”32 katanya.
Kelmarin,
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan bahawa penganjuran
kongres oleh Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong
Zong) bagi membantah pengenalan pembelajaran jawi di sekolah vernakular boleh
mencetuskan kekacauan.
Beliau
turut bimbang tindakan Dong Zong itu akan menyebabkan pihak tertentu bertindak
balas.
Bagaimanapun,
Pengerusi Dong Zong, Tan Tai King mengesahkan bahawa kongres itu akan
diteruskan di sebalik amaran perdana menteri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan