HALAMAN SANTAI

Rabu, 1 Januari 2020

15 bayi Tahun Baharu 2020 lahir di HKL

Astro Awani
15 bayi Tahun Baharu 2020 lahir di HKL
Pegawai perubatan dan kakitangan Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Kuala Lumpur bergambar kenangan bersama ibu-ibu dan bayi mereka yang dilahirkan pada 1 Januari. - Gambar Astro AWANI
 
 
KUALA LUMPUR: Seramai 15 bayi dilahirkan pada malam Tahun Baharu 2020 di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dengan kelahiran pertama dicatat pada pukul 12.06 pagi.

Menurut Pengarah Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Kuala Lumpur, Dr Roniyuzam Abdul Malek, sehingga pukul 12 tengah hari 1 Januari, wad baharu itu menerima kelahiran masing-masing tujuh bayi lelaki dan lapan bayi perempuan.

Daripada 15 bayi itu, seorang daripadanya dilahirkan menerusi pembedahan sementara yang lain kelahiran secara normal.

Kesemua ibu bayi berkenaan merupakan antara kumpulan terawal yang melahirkan anak di wad yang baru saja dibuka itu.
 
"Bila masuk tahun 2020, jika dilihat ini adalah tahun pertama kita melihat kelahiran di hospital ini. Mereka merupakan antara bayi terawal yang lahir di sini," kata Dr Roniyuzam.

Rata-rata pasangan juga begitu teruja menerima kehadiran ahli keluarga baharu seperti mana seluruh rakyat Malaysia kegembiraan menyambut 2020 yang begitu signifikan dengan aspirasi Wawasan 2020.
 
"Saya bersalin di Hospital Kuala Lumpur pada pukul 12.16  pagi tadi. Sepatutnya saya bersalin pada 12 Januari ini, tak sangka baby nak keluar awal, jadi baby new year.

"Harapan saya dengan kehadiran tahun baharu ini dan juga kehadiran baby ini akan memberi lebih makna kepada kami dan juga semua ibu bapa, semoga anak berjaya di dunia dan akhirat," kata Siti Fatimah Ahmad yang menimang cahaya mata
ketiga.

Bagi Nursyairah Norzan pula, dia bersyukur kerana proses kelahiran anak sulungnya sekitar pukul 1 pagi tadi di hospital itu berjalan dengan lancar.

"Saya ucapkan terima kasih kepada semua staf HKL. Saya sangat berpuas hati dengan fasiliti di sini," katanya.

Hospital berkenaan turut menjangkakan jumlah kelahiran bayu hari akan meningkat pada angka 30 bayi sehingga 12 tengah malam ini. 
 
 

Tiada ulasan: