"Insya-ALLAH saya akan menjawab isu yang dibangkitkan dan cuma saya tidak boleh sebut apa isunya buat ketika ini.
"Itu yang penting," katanya kepada media ketika ditemui pada program Walkabout Tahun Baru Cina Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Antarabangsa dan Parlimen Ampang di Pasar Pekan Ampang di sini pagi tadi.
Hadir sama, Menteri Hal Ehwal Ekonomi yang juga Ahli Parlimen Gombak dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Zuraida mengedarkan buah limau ketika beramah
mesra dengan pengunjung dan peniaga pada program Walkabout Tahun Baru
Cina DUN Bukit Antarabangsa dan Parlimen Ampang di Pasar Pekan Ampang di
sini pagi tadi
"Situasi itu (tanpa dipengaruhi ketua parti), saya pasti mereka (lembaga disiplin) akan memberi perbicaraan yang adil kepada saya," katanya.
Dalam pada itu mengenai desakan beberapa Pengerusi PKR negeri agar beliau dipecat, Zuraida bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung perkara tersebut.
"Itu tak payahlah (komen), biar orang lain. Itu semua tak ada standard saya," katanya.
Ketika ditanya mengenai kesediaan untuk menghadiri mesyuarat selepas ini katanya, beliau akan membuat keputusan dengan melihat kepada perkembangan semasa.
ARTIKEL BERKAITAN: Zuraida diberi 14 hari jelas surat tunjuk sebab: Saifuddin
Semalam, Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan bahawa PKR mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada Zuraida atas dakwaan salah laku disiplin.
Namun tidak dijelaskan sama ada surat tersebut adalah bersabit ucapan atau kehadiran Zuraida dalam mesyuarat parti.
Lembaga Disiplin PKR sebelum ini dilapor memulakan siasatan pelbagai laporan salah laku membabitkan ahli dan pemimpin kanan parti termasuk Zuraida berkait insiden ketika dan selepas Kongres Nasional PKR 2019 di Melaka, Disember lalu.
Pengerusinya, Datuk Ahmad Kassim berkata, siasatan menjurus insiden yang berlaku sebelum atau selepas kongres.
Zuraida dan Mohamed Azmin yang juga timbalan presiden PKR antara pemimpin yang dikatakan memboikot hari terakhir kongres namun mengadakan satu majlis makan malam di Kuala Lumpur
Tiada ulasan:
Catat Ulasan