Institut Akhbar Malaysia (MPI) dalam satu kenyataan memaklumkan, kehadiran Dr Mahathir pada
acara tersebut disahkan melalui sepucuk surat bertarikh 20 Januari yang ditandatangani oleh Ketua Setiausaha Sulit, Tan Sri Badariah Arshad.
Pengerusi MWM 2020 merangkap Ketua Pegawai Eksekutif MPI, Datuk Dr Chamil Wariya merakamkan penghargaan di atas kesudian Dr Mahathir memenuhi undangan untuk dan memeriahkan majlis berkenaan.
Tambah kenyataan itu lagi, seramai 800 tetamu yang sebahagian besarnya terdiri daripada pengarang kanan dan wartawan organisasi media dijangka hadir pada malam tersebut.
Para pemenang dan penerima hadiah sagu hati yang akan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM300,000 tajaan PETRONAS akan hanya diketahui pada malam 21 April 2020.
Pemenang bagi setiap kategori akan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM10,000, sebuah trofi eksklusif dan sijil manakala penerima hadiah sagu hati iaitu dua penerima bagi setiap kategori, akan menerima hadiah wang tunai bernilai RM1,000 dan sijil.
Manakala penerima Hadiah Kajai bakal membawa pulang ganjaran wang tunai RM30,000, trofi dan sijil. Hadiah Kajai adalah anugerah tertinggi dipertandingkan dalam HKM.
HKM pertama kali diperkenalkan pada 1980 dan sejak 1994 hadiah wang tunai ditaja oleh PETRONAS. – MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan