fazleen safina
Keluar Islam berbeza dengan konteks hak kebebasan beragama

BANGI– Kumpulan bekas penjawat awam kanan, G25 didapati mentafsirkan
kebebasan beragama mengikut acuan liberal Barat.
Yang
Dipertua gerakan utama Islam, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Datuk Ustaz Haji
Zamri Hashim membangkitkan perkara itu apabila kumpulan berkenaan menganggap
bahawa agama adalah urusan peribadi yang tiada campur tangan dari pihak lain.
Malah,
beliau berkata, G25 juga mentafsirkan bahawa manusia tidak boleh dipaksa hidup
beragama.“Pentafsiran
ini tidak betul kerana setiap individu yang telah menganut sebarang agama
adalah terikat dan berkewajipan dengan peraturan agamanya.
“Hak
beragama ini bukanlah bersifat mutlak, bahkan ianya adalah berdasarkan prinsip
agama masing-masing. Bagi Islam, murtad adalah satu dosa dan kesalahan,”
katanya dalam kenyataan hari ini.
Terdahulu,
G25 membidas undang-undang yang menghukum seseorang berlandaskan kesalahan
agama yang dilakukan.
Perkara
itu merupakan laporan dalam kertas yang dibentangkan oleh pengerusi
jawatankuasa, Asiah Abu Samah yang juga wakil G25 bertajuk “Administration of
Matters Pertaining to Islam”.
Jelas
G25 dalam laporan itu, tindakan undang-undang terhadap individu tidak bersolat
Jumaat misalnya, adalah tidak wajar dan mengatakan perkara dilakukan seorang
Islam terhadap agamanya adalah antara individu itu dengan tuhan.
Laporan
itu juga mengatakan, undang-undang berkenaan tidak konsisten dengan
Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kebebasan beragama.
“Perkara
11(1) memberi jaminan kepada semua orang di Malaysia, bukan hanya warganegara
atau bukan Islam, tiga hak yang berbeza iaitu hak menganut, mengamalkan dan
menyebarkan agamanya.
“Tidak
ada asas yang dibenarkan Perlembagaan untuk melarang penganutan agama
seseorang,” katanya.
Mengulas
lanjut, Ustaz Haji Zamri yang juga Timbalan Mufti Perak menjelaskan, kebebasan
beragama dalam Islam adalah melalui jaminan dalam bentuk tidak boleh memaksa
sesiapa untuk menganut agama Islam, malah Islam memberi hak kepada setiap
individu untuk memilih agama yang ingin dianuti tanpa sebarang paksaan.
“Perkara
ini telah dirakamkan oleh Allah SWT di dalam firmanNya yang bermaksud: Tidak
ada paksaan dalam agama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran
(Islam) dari kesesatan (kufur).
“Oleh
itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah SWT
maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh
dan tidak akan putus,” katanya.
Justeru,
beliau menegaskan bahawa sebagai golongan yang berpengalaman di dalam
perkhidmatan masing-masing, G25 sepatutnya lebih memahami skema Perlembagaan
Persekutuan dengan mendalam terlebih dahulu, terutamanya maksud hak kebebasan
beragama, yang dijamin oleh Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan
“..iaitu
lebih terarah kepada kebebasan penganut, dalam mengamalkan dan mengembangkan
agama masing-masing di Persekutuan.
“Murtad
atau keluar dari agama Islam sebenarnya adalah berbeza dengan konteks hak
kebebasan beragama, yang dijamin oleh Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan.
“Hal
ini kerana Perkara 11 adalah lebih merujuk kepada kebebasan mempertahankan
amalan dan cara hidup yang digariskan oleh agama masing-masing,” jelasnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan