HALAMAN SANTAI

Khamis, 16 Januari 2020

Harga tol turun 18 peratus, kerajaan tak jadi jual PLUS: Tun M

Dr Mahathir pada sidang media ketika merasmikan Kompleks Balai Islam An-Nur Ibu Pejabat TNB di sini hari ini.- Foto- BERNAMA
 
 
KUALA LUMPUR - Kerajaan memutuskan untuk tidak meneruskan hasrat menjual konsesi lebuh raya PLUS Malaysia Bhd (PLUS).

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir berkata, perkara tersebut diputuskan pada mesyuarat Kabinet semalam.

"Kita telah mengkaji bidaan yang dilakukan oleh semua pihak dan memutuskan cara terbaik ialah tidak menjual PLUS kepada mana-mana pihak sebaliknya terus kekal bersama Khazanah Nasional Bhd dan KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja).

"Mereka tidak perlu membeli apa-apa (pegangan saham) dan boleh menurunkan kadar tol tanpa memberi kesan besar kepada pendapatan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kompleks Balai Islam An-Nur Ibu Pejabat TNB di sini hari ini.

Menurutnya, syarikat konsesi itu juga akan menurunkan kadar tol sebanyak 18 peratus bermula tahun ini bagi tempoh 30 tahun.

"Ini bermakna kadar tersebut sangat rendah (buat pengguna lebuh raya PLUS).

"Kita sedar akan berlaku peningkatan kenderaan tetapi apa yang bakal diperolehi mereka (PLUS) tidak setinggi yang disangka kerana nilai tersebut akan mengecil pada masa akan datang," katanya.

Oktober tahun lalu Menteri Kerja Raya, Baru Bian mengesahkan menerima empat tawaran mengambil alih kepentingan Khazanah Nasional Bhd (Khazanah)

Tiada ulasan: