IPOH: Pertembungan antara
sebuah Toyota Hilux dan Perodua Axia di Jalan Lahat Lama dekat sini
petang Rabu mengakibatkan lima cedera termasuk dua orang kanak-kanak.
Kemalangan itu mengakibatkan pemandu Toyota Hilux, pemandu Toyota Axia dan tiga penumpang dipercayai ahli keluarganya cedera, sebelum berjaya dikeluarkan oleh orang awam yang menyedari kejadian itu.
Menurut, Pegawai Bomba Kanan II, Abdul Rahman Som, kemalangan dilaporkan berlaku sekitar pukul 3.22 petang pada Rabu, dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Putih bergegas ke lokasi.
"Melihat kepada kerosakan teruk di bahagian hadapan kedua-dua kereta, dipercayai ia bertembung dan menyebabkan kecederaan kepada kelima-lima mangsa.
"Antara yang terbabit pemandu lelaki dari Toyota Hilux, pemandu lelaki dari Perodua Axia bersama dengan ahli keluarganya, iaitu isteri, seorang kanak-kanak lelaki sekitar lima tahun dan kanak-kanak perempuan sekita tiga tahun," katanya ketika dihubungi pada Rabu.
Katanya lagi, anggota telah membuat rawatan awal kepada mangsa dan menghantar mereka ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk rawatan selanjutnya.
Operasi tamat pada pukul 3.50 petang.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan