PROF DR MOHD RIDHUAN TEE ABDULLAH
BELUM pun reda tanglung, Ponggal pula jadi isu. Apa ke benda ini?
Orang India yang beragama Hindu nak sambut Ponggal, biaq pi kat depa la. Janji kita tak sekat depa nak sambut perayaan depa.
Yang terhegeh-hegeh minta kita sambut ini nak buat apa? Begitu juga nak paksa orang Islam turut sambut ini pasal apa?
Katakanlah Ponggal bukan perayaan agama, bagaimana selepas ini seperti Deepavali, Hari Wesak, Thaipusam dan lain-lain.
Takkan nak minta kita sambut juga. Cukup-cukuplah mempolitikkan sesuatu
isu. Selama ini tidak pernah timbul isu-isu macam ini. Kenapa sejak dua
menjak ini beriya-iya suruh dan paksa kita sambut?
Kita sudah ada wakil India, biarkanlah wakil-wakil ini mewakili kerajaan.
Perpaduan dijalinkan melalui persefahaman agenda negara bukan sambutan perayaan semata.
Berkali-kali pemimpin ultra kiasu dan pemimpin agama Hindu cuba meyakinkan kita bahawa Ponggal bukan perayaan agama, tetapi ada sedikit. Sedikit itu maksud apa?
Cuba fahami kata-kata pemimpin agama depa di bawah:
“Pesta Ponggal adalah perayaan unik buat masyarakat Tamil dan ia tanda
kesyukuran kepada alam semula jadi atas hasil tuaian yang baik,” kata
bekas Presiden Hindu Sangam Malaysia A Vaithilingam.
“Sama ada
ia sambutan kebudayaan semata-mata atau ada sedikit unsur agama, ia
adalah soal tafsiran tetapi yang pastinya ia turut dihormati oleh
masyarakat Tamil yang beragama Kristian dan Islam,” katanya.
Menurut Vaithilingam, bekas Presiden India yang beragama Islam,
Allahyarham Abdul Kalam sentiasa memberi penghormatan kepada Pesta
Ponggal.
Lebih naif lagi, dibawa contoh Allahyarham Abdul
Kalam beri penghormatan kepada Ponggal. Takkan ini pun tak faham bahasa
mudah. Beri penghormatan dengan sambut lain. Beza maksud.
Saya pun hormat kepada semua hak perayaan orang bukan Islam, tetapi saya tidak sambut.
Ultra kiasu ini cukup marah dengan dengan Pekeliling Kementerian Pendidikan menyatakan umat Islam haram menyambut Pesta Ponggal.
Sudah tentu Kementerian Pendidikan bertindak ada justifikasinya. Tak perlu pergi jauh, dengar ucapan yang saya petik di atas.
Mana ada konsep dalam Islam, bersyukur kepada alam semula jadi. Ini pun tak faham kah?
Kita hanya ada konsep syukur Allah yang menjadikan alam maya ini. Tidak
ada istilah bersyukur kepada alam semula jadi. Awal-awal lagi dah
nampak perkara syirik itu.
Takkan tak nampak lagi. Nak tunggu sembah patungkah baru dikatakan syirik.
Lebih pelik lagi Menteri yang menjaga agama, cepat-cepat turut terikut-ikut dengan rentak ultra kiasu ini, dengan berkata ini bukan arahan jabatannya. Allahurabbi, takkan benda sekecil ini pun tidak boleh faham .
Tak payah buat sorotan literature pasal Ponggal pun orang dah tahu.
Baca kenyataan demi kenyataan pemimpin agama Hindu sudah jelas
menunjukkan bahawa Ponggal ini tidak perlu disambut oleh orang Islam.
Mana ada konsep bersyukur kepada alam semula jadi.
Dah tak ada kerja lain ke sampai nak bawa perkara ini kepada mesyuarat
Kabinet hari ini. Banyak perkara lebih penting berkaitan dengan negara
yang perlu dibincangkan, terutama masalah ekonomi, bukan perkara kecil
seperti Ponggal dan tanglung.
Selama ini tidak pernah benda-benda kecil macam ini dibawa ke Kabinet.
Peristiwa ini sudah seakan sama macam lapan Menteri bawa tanglung ke
sekolah aliran Kebangsaan di Puchong baru-baru ini. Saya mengucap
panjang. Pasal apa jadi perkara pelik-pelik sejak akhir-akhir ini.
Hubungan umat Islam dengan Bumiputera, orang India, Cina dan lain-lain
tetap baik walaupun tanpa berkongsi atau menyambut perayaan mereka.
Banyak lagi pertemuan sosial yang lain yang boleh mengeratkan hubungan sesama kita.
Jika semua nak sambut, nanti Hari Wesak pun dikatakan nanti boleh disambut atas nama perpaduan.
Jika tidak disambut, tidak dinamakan perpaduan.
Naif sungguh pemahaman kita pasal perpaduan. Perpaduan hanya dilihat pada tanglung, Ponggal dan lain-lain.
Bagaimana dengan penghayatan agenda hidup bernegara? Seperti
Perlembagaan, Rukun Negara, Dasar-dasar Negara, bahasa dan sebagainya.
Isu utama atau masalah besar kita adalah kita tidak tahu.
Kita tidak
cuba memahami Perlembagaan dan Dasar-dasar Negara seperti Dasar
Kebudayaan Kebangsaan, Dasar Ekonomi Baharu, Dasar Belia Negara, dan
macam-macam dasar lagi.
Dasar-dasar ini jauh lebih penting dihayati daripada suruh atau paksa kita menyambut perayaan.
Tak lama lagi, Tahun Baharu Cina akan menjelma. Sebagai orang Cina saya
sentiasa mengingatkan perayaan ini. Saya nak sambut ke tidak, jangan
paksa. Terpulang kepada saya. Saya lebih faham, sama ada boleh disambut
atau tidak.
Apa kata Hari Raya Korban tahun ini kita panggil ultra kiasu ini untuk sama-sama melihat sembelihan korban atas dasar nak raikan sangat perayaan kaum lain. – HARAKAHDAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan