Petisyen
yang dilancarkan oleh oleh individu yang menamakan dirinya Tuah Kencana
meletakkan sasaran awal 50 ribu tanda tangan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Satu petisyen
mendesak agar Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik dikekalkan
sebagai Menteri Pendidikan dilancarkan petang Khamis.
Petisyen yang dilancarkan oleh oleh individu yang menamakan dirinya Tuah Kencana meletakkan sasaran awal 50,000 tandatangan.
Selepas tiga jam dilancarkan, petisyen tersebut telah mendapat lebih 70,000 tandatangan yang mahu Maszlee dikekalkan sebagai Menteri Pendidikan.
Pada Khamis, Maszlee dalam satu sidang media khas di Kementerian Pendidikan Malaysia mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Menteri Pendidikan.

Dalam sidang medianya, Maszlee juga meluahkan rasa kecewanya kerana
selama 20 bulan mengemudi KPM, beliau dilihat menimbulkan banyak krisis
kepada kepimpinan terutama melibatkan isu jawi, internet sekolah dan isu
sarapan percuma.
"Walau bagaimanapun saya percaya saya telah meletakkan asas dan hala tuju yang jelas untuk dituruti warga KPM. Ia terhimpun dan tersemat kemas dalam tiga kalimah keramat, ‘Pendidikan Untuk Semua’," katanya.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu kenyataan media
memaklumkan Maszlee telah menyerahkan surat peletakan jawatanya sebagai
Menteri Pendidikan pada Khamis.
Dr Mahathir juga memaklumkan akan mengumumkan pengganti Maszlee dalam sedikit masa lagi.
"Saya mengucapkan terima kasih di atas khidmat yang telah beliau berikan selama menjadi anggota Kabinet.
"Pengganti beliau akan saya tentukan dan umumkan dalam sedikit masa lagi," katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan