Muhammad Akmal Maradzi
KUALA LUMPUR - Pakatan Harapan (PH) perlu memikirkan bagaimana
cara untuk memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis
berbanding terus membuat desakan supaya Tun Dr Mahathir Mohamad
melakukan proses peralihan kuasa dalam tempoh terdekat.
Ketua
Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Lumut, Muhammad Akmal
Maradzi berkata, sekiranya desakan supaya Dr Mahathir melepaskan jawatan
terus disuarakan dikhuatiri rakyat akan terus muak dengan politik yang
dilihat sebagai tidak matang.
"Kita sebagai pemimpin muda yang lahir dalam Malaysia Baharu ini perlu menunjukkan sikap yang matang dalam menangani sebarang isu termasuklah melibatkan keputusan peralihan kuasa Perdana Menteri.
"Apa
yang penting pada ketika ini bukanlah tarikh peralihan kuasa Perdana
Menteri tetapi bagaimana tumpuan kita untuk memenangi PRK Kimanis bagi
membantu kemenangan Datuk Karim Bujang dari Parti Warisan Sabah yang
menentang Datuk Mohamad Alamin dari Barisan Nasional," katanya menerusi
kenyataan hari ini.
Beliau berkata, seharusnya semua pimpinan dalam PH terutamanya pemimpin muda dalam setiap parti gabungannya pada ketika ini perlu memainkan peranan dalam memastikan mereka terus diterima rakyat.
Bahkan katanya, krisis kepercayaan rakyat terhadap PH perlu ditangani segera dan itu merupakan tanggung jawab pemimpin muda yang pada hari ini.
"Kita juga sebagai pemimpin muda yang lahir dalam Malaysia Baharu ini perlu menunjukkan sikap yang matang dalam menangani sebarang isu termasuklah melibatkan keputusan peralihan kuasa Perdana Menteri.
"Jadi semua pihak dalam PH perlu meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepada Dr Mahathir untuk melakukan transisi jawatan Perdana Menteri. Tarikh itu akan tiba dan serahkan semuanya ke atas kebijaksanaan beliau," katanya.
Semalam Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Akmal Nasrullah
Mohd Nasir yang mendesak Sekretariat PH agar memastikan Mesyuarat Majlis
Presiden PH akan datang dapat membuat ketetapan tarikh peralihan
jawatan Perdana Menteri pada Mei 2020 bagi menjamin kelangsungan agenda
PH.
Katanya, beliau percaya penetapan tarikh peralihan kuasa akan mencerminkan kesepakatan yang utuh dalam PH dan seterusnya mematahkan persepsi pergolakan dalam PH yang sering dimainkan oleh pihak pembangkang.
ARTIKEL BERKAITAN: AMK minta tetapkan tarikh peralihan jawatan PM
"Kita sebagai pemimpin muda yang lahir dalam Malaysia Baharu ini perlu menunjukkan sikap yang matang dalam menangani sebarang isu termasuklah melibatkan keputusan peralihan kuasa Perdana Menteri.
Beliau berkata, seharusnya semua pimpinan dalam PH terutamanya pemimpin muda dalam setiap parti gabungannya pada ketika ini perlu memainkan peranan dalam memastikan mereka terus diterima rakyat.
Bahkan katanya, krisis kepercayaan rakyat terhadap PH perlu ditangani segera dan itu merupakan tanggung jawab pemimpin muda yang pada hari ini.
"Kita juga sebagai pemimpin muda yang lahir dalam Malaysia Baharu ini perlu menunjukkan sikap yang matang dalam menangani sebarang isu termasuklah melibatkan keputusan peralihan kuasa Perdana Menteri.
"Jadi semua pihak dalam PH perlu meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepada Dr Mahathir untuk melakukan transisi jawatan Perdana Menteri. Tarikh itu akan tiba dan serahkan semuanya ke atas kebijaksanaan beliau," katanya.
Katanya, beliau percaya penetapan tarikh peralihan kuasa akan mencerminkan kesepakatan yang utuh dalam PH dan seterusnya mematahkan persepsi pergolakan dalam PH yang sering dimainkan oleh pihak pembangkang.
ARTIKEL BERKAITAN: AMK minta tetapkan tarikh peralihan jawatan PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan