HALAMAN SANTAI

Jumaat, 3 Januari 2020

Ramai lagi menteri lain layak berundur berbanding Maszlee – KJ

Wartawan MalaysiaGazette
MGF07112019_SIDANG-PARLIMEN01
Khairy Jamaluddin Abu Bakar

KUALA LUMPUR – Khairy Jamaluddin Abu Bakar menganggap lebih ramai lagi menteri layak berundur selain Dr. Maszlee Malik.

Ahli Parlimen Rembau itu merasakan keputusan Maszlee meletak jawatan sebagai Menteri Pendidikan dilakukan secara tergesa-gesa.

Baginya, bukan mudah bagi Ahli Parlimen Simpang Renggam itu mahu melakukan perubahan drastik dalam masa tidak sampai dua tahun.

“Saya menganggap ia keputusan yang tergesa-gesa kerana Maszlee memegang portfolio yang paling mencabar dalam kerajaan dan mustahil untuk melihat perubahan drastik dalam masa kurang dua tahun.

“Saya rasa ramai lagi menteri yang layak untuk berundur,” katanya dalam ciapan di Twitter Maszlee hari ini.

Tiada ulasan: