Pengerusi Azhar Azizan Harun berkata usaha itu susulan pindaan Perlembagaan Persekutuan yang membenarkan belia berusia 18 tahun mengundi pada pilihan raya akan datang.
“Kita nak ‘enggage’ para pelajar dan perkenalkan sistem undian di sekolah iaitu simulasi undian yang dijalankan.
“Kita dah buat untuk 1 sekolah tahun lepas dan penerimaan mereka sangat baik,” katanya sambil menambah SPR menerima banyak permintaan bertulis daripada sekolah untuk program tersebut.
Azhar berkata ia juga menjadi salah satu misi utama SPR sepanjang 2020 di mana program berkenaan akan dijalankan di pejabat pilihan raya masing-masing.
Tambahnya, modul pengajaran yang akan digunakan dalam program itu sudah pun disediakan dan akan disiar kepada umum bagi memastikan ketelusan SPR dalam sesi penerangan tersebut.
“Kita mahu didik mereka, bukan untuk doktrin sesiapa,” katanya.
Dalam pada itu, beliau memaklumkan sebanyak 2 juta pengundi usia 18 tahun sudah didaftarkan secara manual oleh SPR sejak pindaan itu diluluskan.
“Bila dah laksanakan (sistem automatik), kita dah bersedia, tak payah nak mula balik (dari awal),” katanya.
Ketika ditanya mengenai perkembangan terkini tender untuk sistem pendaftaran automatik pengundi 18 tahun, beliau memberitahu, pihaknya tidak mempunyai maklumat mengenai perkara itu.
Azhar berkata pihaknya masih dalam proses mendapatkan pandangan pakar berhubung sistem pengundian atas talian atau e-voting.
Katanya, penggunaan e-voting sangat rumit kerana melibatkan isu keselamatan individu dan kepuasan hati pengundi.
“Kita nak buktikan dan pastikan, jika dia undi ‘A’, maka ‘A’ yang masuk dalam sistem.
“Kita juga takut dengan ‘hackers’ dan sebagainya. Ada cadangan ‘block chains’ tapi kena ingat, ada yang pro ‘block chains’ and ‘anti block chains’,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan