Semua pihak diseru beri sokongan sebagai medium mesra rakyat

BANGI – Sudah sampai masanya kempen menulis dan membaca tulisan jawi
dilestarikan di media sosial, kata Ketua Eksekutif Majlis Pembangunan
Pendidikan Islam Malaysia (MAPPIM), Mohd Zai Mustafa.
Mengakui
bangga dengan usaha Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah
Iskandariah menggunakan tulisan jawi di laman sosial Twitter, beliau berkata,
ia memperlihatkan usaha ulung baginda bagi pemuliharaan warisan bangsa Melayu
yang hebat.
Justeru,
katnya, semua pihak termasuk pemimpin kerajaan, politik dan masyarakat semua
bangsa diseru agar bersama-sama menyokong jawi sebagai medium mesra rakyat
Malaysia yang unik dan dihormati.
“Usaha
Tunku Azizah ini memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi yang
terpelihara kukuh dalam Perlembagaan Persekutuan yang dilindungi oleh Yang
Mulia Majlis Raja-Raja Melayu.
“Sudah
sampai masanya tulisan jawi dilestarikan di media sosial sebagai satu trend
masyarakat Malaysia yang mempunyai aspirasi nasional rakyat pelbagai kaum dan
agama,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Tunku
Azizah mula menggunakan tulisan jawi di laman Twitter pada akhir Disember lalu,
bagi mempertahankan langkah kerajaan memperkenalkan tulisan itu sebagai
sebahagian subjek Bahasa Melayu di sekolah vernakular.
Baginda
turut mengajak orang ramai khususnya melayu beragama Islam untuk sama-sama
memartabatkan tulisan jawi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan